Google Website Translator Gadget

Tuesday, May 22, 2012

Bila Gorgon naik penimbang



Assalamualaikum n salam sejahtera dears,

Tajuk entri entah apa2 mummy ni,
tadi pergi klinik untuk FP,sebelum ambil pil Noriday tu,nurse suh g timbang berat badan dulu..

67.3kg, 2 bulan sebelum ni 68.4kg, 2 bulan setakat turun 1.1kg jer...macam tak ada je..
penat weh diet(iyer ke mummy diet)siang sanggup tak turun kafe tak beli makanan,tapi, tu lah malam mummy balun makan...hahaha.. mana nak turun banyak mummy woii lau dah makan malam..
mummy ingat bolehlah turun 5-10kg rupanya 1.1kg jer kelakarlah weh..
orang kata kalau jaga anak kecik2 n breastfeed leh kurus tapi, sekarang apa jadi ni huhu

dulu masa,

belum kahwin  = 43 - 45kg

lepas kahwin   = 45 - 53kg

lepas bersalinkan anak yang sulong = 53 -57kg (berat mengandung 70kg bersalin)

lepas bersalinkan anak yang kedua = 56 - 59kg (berat mengandung 70.5kg bersalin)

lepas bersalinkan si kembar = 67 - 69kg (berat mengandung 71.8kg bersalin)

masa bersalinkan si kembar berat 71.8kg,sekarang 67.3kg bermakna lepas si kembar berumur 14 bulan, berat mummy hanya turun 4.5kg..sikitnya turun..
macamana nak turun sampai BMI mummy ok ni,ikutkan BMI mummy ni dah overweight..
kena turunkan 56kg baru BMI normal,bermakna 11.3kg mummy kena turunkan berat badan..mimpi jerlah nampaknya nak turun sampai 11kg. apa pun,kena jugak berusaha untuk jadi normal berat badan.

tak sanggup nak tanggung risiko,

tak sanggup mati awal(now,selalu sakit sendi)



  kena jaga pemakanan ni mengikut piramid makanan yang disyorkan,
piramid makanan

  Percaya atau tidak, ada di antara kita tidak pernah mahu mengambil tahu apa yang badan kita perlukan. Pengambilan makanan perlu dikawal dan mengikut kesesuaian keperluan. Bukan mengikut hawa nafsu. Pengambilan makanan yang sihat dan mencukupi mampu menjana kesihatan tubuh badan dan minda.

Friday, May 11, 2012

Mencuba nasib

Assalamualaikum....

Dekat Forum.CARI mummy saja nak cuba nasib kat satu contest mother's day,saja jer suka2,tak sangka plak dapat undian tertinggi,itupun sebab mummy melobi undi kat forummer yang online..

saja nak share apa yg mummy ucapkan terima kasih untuk mama dalam contest tu

my mama Masriah binti Saring



Hadiah yang forum.CARI tawarkan

Hadiah buat mama


Kalau betul diaorg hantar hadiah tu,terima kasih sangat buat admin forum.CARI n semua Forummer yg Vote mummy

Tuesday, May 8, 2012

Keletah si Kembar

Assalamualaikum dears,

Lama tak buat entri tuk si kembar mummy yg makin hari makin mengada tu....
si Daniel 2 3 hari ni dah berjalan 3 4 tapak,harap mgu depan bolehlah berjalan,si Miqael plak pandai berdiri jer bila suh jalan tak mahu...

kat entri kali ni,saja nak kongsi gambar gelagat diaorg..

sibuk jugak nak panjat sinki time mummy basuh pinggan..taklama pastu  si daniel berdentum jatuh

time mummy nak masak sibukduk bawah kaki,susah sangat masukkan dalam mesin basuh(Miqael)

sibuk mengemas,pastu Daniel duk dalam,si Miqael tutup pintu..

Setiap hari kalau tak naik kerusi ni tak sah


Monday, May 7, 2012

Hujan tu Rahmat


Assalamualaikum...

Pagi ni mummy pergi kerja awal sbb partner kerja cuti hari ni, nasib baik malam tadi tido lewat(mmg selalu pun lewat)..tengah2 malam dapat mesej minta tlg cover shif pagi...kunci jam 5:30am.patutnya masuk pukul 7:00am sebabkan hujan lewat sikit masuk opis 7:15am..oklah jugakkan..

Masa keluar rumah pagi tadi,hujan masih lagi lebat,payung yg agak besar mummy letak dalam kereta ayah,memandangkan ayah ada kerja kat Johor,terpaksalah juga geledah stor cari payung,jumpa satu payung kecil,bolehlah kata org tu nak tutup kepala dari kena hujan.Dari rumah nak ke bus stop tu. Alhamdulillah tak jadi apa2 sbb mummy pakai selipar jer,jalan licin.sampai jer bus stop terus dapat bus.Alhamdulillah tak payah nak tunggu bus lama2 sementelahan hujan tengah lebat tu..

dalam bus mummy sorang2 pula,driver bus buka CD ceramah agama loghat kelantan,ceramah tentang orang perempuan sekarang yg suka botox membotox n kaler2 rambut..Alhamdulillah pagi2 dah dapat ilmu..pagi2 dah buat mummy senyum sendiri dgr ceramah agama ustaz tu..antara yg mummy dengar ustaz tu cakap,'perempuan skrg ni kalau keluar rumah berkaler2 mata tu,kadang2 macam org sakit teruk sbb guna kaler biru,serupa org mati..muka cam tepek tepung,'..ustaz tu cakap lagi ' kecantikkan untuk suami bukan untuk ditonton umum'.. bila mummy fikir banyak jugak betulnya ustaz tu cakap..kadang2 mummy perhati org2 yg dah kahwin ni,kalau keluar rumah atau kat opis punyalah kebabom cantik..segalanya dibagi up..tapi, bila kat rumah atau keluar dgn suami,contoh ke pasar malam, pakai track suit, t-shirt tudung selempang.. secalit gincu pun takder..jgn kata gincu bedak pun tak tepek,alasannya 'pergi pasar jer'.. bila suami jalan jauh dikata suami tak sayang,tak tahu sendiri langsung tak berdandan,cuba kemas but cantik suami nak jalan jauh pun takut bini kena ngurat.. pandai plak mummy ni membebel hehe padahal mummy pun lebih kurang jugak..Lagi teruk adalah huhu..ke opis pun tak bersolek,keluar rumah pun tak bersolek,kadang2 ayah tegur ' ayah ni macam keluar dgn org sakit' haha..

Melalut plak mummy ni,Alhamdulillah hari ni cuaca redup jer,mudah2an sampailah ke petang..kalau tak ada aral InsyaAllah hari ni mummy puasa sunat isnin,lama sangat mummy dah tak buat puasa sunat ni,dulu masa sekolah ,masa study kat JB.Alhamdulillah jarang tinggal puasa sunat isnin khamis,sejak mummy bersalinkan anak yg sulong,mmg tak pernahlah mummy puasa sunat isnin khamis melainkan puasa sunat enam jer..Rindu sangat nak buat balik,dengan berpuasa ni badan kita boleh sihat disamping menahan lapar dan dahaga.Harap sangat mummy boleh buat dgn sempurna macam dulu2...bila puasa sunat ni ingat arwah nenek(nyai)..dulu masa arwah nyai masih ada,bila tiba jer bulan rejab n syaaban mesti nyai ajak puasa,mmg bestlah masa tu. Rejab,syaaban n Ramadhan cukup puasa 3 bulan..Rindu kat arwah nyai..Arwah nyai meninggal 15 syawal tahun 2005,selepas 10 hari pernikahan mummy,Alhamdulillah sempat 3 kali jaga nyai kat hospital.teringat saat jenazah sampai ke rumah. satu malam sampai ke pagi, mummy,asz n boy bacakan Yassin,teringat asz cakap masa kitaorg baca Yassin tu mata arwah terbuka sekejap pastu tertutup balik, org cakap arwah tgok siapa disisi dia Wallahu alam..Bila nak masuk bulan Rejab tak lama lagi ni.. kerinduaan dgn arwah nyai terasa sangat2..Al Fatihah buat allahyarham Hajah Mariah binti Rasman.

Semoga hari ini dah hari2 yang seterusnya adalah hari2 yg terindah Amin..
Rindu abg joe kat kampung,semoga anak mummy sihat,buat 3 hero yg kat rumah tu abg aiz,miqael n daniel semoga selsema kamu sembuh yer sayang..

Firman Allah s.w.t Yang Bermaksud:
"Dialah yang telah menurunkan air hujan dari langit untuk kamu,sebahagiannya menjadi minuman dan sebahagiannya yang lain menyuburkan tumbuh-rumbuhan yang pada (tempat tumbuhnya) kamu mengembala ternakmu. Dia menumbuhkan bagi kamu dengan air hujan tersebut tanam-tanaman zaitun,kurma, anggur dan segala macam buah-buahan. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar ada tanda ( kekuasaan Allah) bagi kaum yang memikir."
(An-Nahl:10- 1)

si kembar usia 3 bulan
abg joe n abg aiz

Sunday, May 6, 2012

SOLAT SUNAT DHUHA

Assalamualaikum..

 Jom buat sunat Dhuha..

1) Bilangan rakaat : 2 hingga 12 rakaat (2 rakaat 1 salam)
2) Waktu : Pagi anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi
Niatnya:
"Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"
Baca ketika sujud yang terakhir - 3 kali
Baca doa ini selesai solat

Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu  DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika  di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.


sumber : http://permai1.tripod.com

Friday, May 4, 2012

Ucapan Hari Ibu dan Bapa VS Ucapan Doa untuk IbuBapa




Assalamualaikum 

Tajuk  di atas bukanlah bertujuan untuk memulau mana-mana kempen yang sekarang ini diraikan setiap tahun sekali iaitu Hari Ibu pada setiap Mei dan Hari Bapa pada setiap Jun. Tujuannya ialah untuk menyemai rasa kasih sayang dan mengeratkan hubungan di antara si anak dan juga ibubapanya, dan itu tidak dinafikan.

Di antara dalil-dalil yang kebanyakannya Allah menegaskan peranan menjaga hubungan kekeluargaan ini ialah :

1.
Maksudnya :

“Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur.”
Surah: An-Nahl – Ayat: 78



2.
Maksudnya :

“Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia”
Surah: Al-Israa’ – Ayat: 23



3.
Maksudnya :

“Dia menciptakan kamu dari seorang diri kemudian Dia jadikan daripadanya isteri dan Dia menurunkan untuk kamu delapan ekor yang berpasangan dari binatang ternak. Dia menjadikan kamu dalam perut ibumu kejadian demi kejadian dalam tiga kegelapan. Yang (berbuat) demikian itu adalah Allah, Tuhan kamu, Tuhan Yang mempunyai kerajaan. Tidak ada Tuhan selain Dia; maka bagaimana kamu dapat dipalingkan?”
Surah: Az-Zumar – Ayat: 6

Rasulullah juga menegaskan tentang menderhaka kepada ibubapa merupakan salah satu dosa besar melalui hadis yang diriwayatkan seperti berikut :

Abi Bakrah radhiallahu ‘anh berkata, Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pernah bertanya tiga kali:
“Mahukah aku memberitahu kalian tentang dosa yang paling besar?”
Mereka (para sahabat) menjawab: “Sudah tentu wahai Rasulullah!”
Baginda menjelaskan: Syirik kepada Allah, derhaka kepada ibubapa (perawi menerangkan, bahawa baginda ketika itu duduk sambil bersandar, lalu menyambung) dan sumpah yang palsu.

Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya – hadis no: 2654 (Kitab al-Syahadat, Bab apa yang diperkata berkenaan sumpah palsu).

Beberapa dalil yang saya pinjamkan dari kitab-kitab rujukan asas Islam jelas menyuruh kita berbuat baik kepada ibubapa, malah semua agama menyarankan kepada penganutnya menghormati dan menjaga moral yang baik kepada ibubapa mereka.
Ajaran Islam menganjurkan penganutnya berdoa kepada Allah dalam apa jua keadaan dan masa berdasarkan makna firman Allah iaitu :

“Dan Tuhan kami berfirman: ‘Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang yang sombong takbur daripada beribadat kepadaKu, akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina.”
Surah al-Mukminun 40:60

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:

“ Berdoalah saat doa itu diperkenankan Allah : Pada saat bertemu tentera-tentera (berperang), ketika hendak mendirikan solat dan ketika turunnya hujan.”
(Hadis mursal yang diriwayatkan oleh Imam al-Nawawi dalam Al-Azkar)

Manakala ucapan yang terbaik disarankan oleh Rasululullah S.A.W. ialah ucapan salam bukannya ucapan ‘selamat hari jadi’, ‘selamat hari ibu’, ‘selamat hari bapa’ dan pelbagai ucapan yang dihadkan kepada hari-hari tertentu. Mesej Rasulullah adalah jelas dan ringkas iaitu peranan menyebarkan ucapan salam kepada semua muslim pada semua keadaan dan tempat berdasarkan makna hadis berikut :

“Kamu tidak akan masuk syurga hingga kamu beriman dan kamu tidak beriman sehingga kamu saling menyintai (Kerana Allah). Apakah kamu mahu jika aku tunjukkan satu perkara yang mana jika kamu lakukan perkara itu, maka kamu akan saling menyintai? Sebarkanlah salam diantara kamu!”
(Hadis Muslim)

Oleh itu, marilah sama-sama kita titipkan doa berikut yang saya rujuk di sini :


mama n me

Ya Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa’at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa’at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu… .
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.
Ameen Ya Rabbal Alamin..

Selamat Hari Ibu mama (setiap hari adalaha hari ibu)

Wednesday, May 2, 2012

Hari minggu yg cukup Bermakna

Assalamulaikum n salam sejahtera uols.

Hari minggu baru ni,sangat2lah gembira hati mummy ni n berbunga2 rasanya, !st anak kesayangan mummy abg joe balik rumah mummy,2nd mama,abah n adik2,pakcik2 n makcik2,sepupu2 pun bertandang kat rumah mummy. meriah sangat..walaupun penat,kurang tidur sangat berbaloilah..

28/4 pagi tu mummy kemas2 sikit apa yang patut,mummy ni kalau tak ada ayah kemas rumah mana yg nampak depan mata jer,kalau ada ayah mesti bertukar segala posisi barang dalam rumah tu,iyerlah ayah pandai menghias,kalau mummy ni pandai menyepahkan adalah hehe. tengahari tu bibik cakap dia nak keluar n cuti sampai selasa balik dengkil,lantak ko lah bik,nak cuti ke,nak berjimba ke,nak apa sekalipun dah malas nak cakap dah mummy ni.. nilah bibik mummy hari sabtu jer mesti nak cuti sampailah ahad.lupakanlah pasal bibik tu..

pukul 5:30pm ayah sampai dari kampung,dari dalam rumah mummy dah nampak kelibat si budak ketot abg joe hehe,teruja terus hati mummy tgok abg joe,dari dalam rumah mummy dah terjerit2 nama abg joe,abg aizz melompat kesukaan sambil jerit 'yes kawan aiz alik' apalah abg aiz,gembira sangatlah tu kwn ketawa n kwn air mata dia balik..si miqael n daniel pun teruja sama bila tgok semua org gembira.abg joe turun jer dari kereta terus dia cium daniel n miqael,nampak cam rindu sangat. abg aiz plak salam abg joe,siap abg aiz yg cium tangan abg joe,padahal kalau ikutkan abg joe yg cium tangan aiz,dah teruja gembira agaknya,sampai salah..mummy rapat kat abg joe,mummy cium pipi dia. Rindu sangat kat anak ketot mummy ni.

Malam tu, dalam pukul 9pm Keluarga wak saleh sampai satu keluarga,bermacam dibawanya,macam nak tinggal seminggu gayanya..bersembang bermacam2 isu, sambil ayah masak 2 jenis lauk lagi,mummy dah masak satu lauk petang tu,ayah cakap takpe ayah tambah lagi 2 lauk,takut org lapar..

29/4 pukul 2pagi mama, abah n adik2 sampai, diikuti dgn wak besah serta keluarga wak selamat,ni lagi,bermacam jenis di bawanya,iyerlah org jawalah katakan,kalau datang bertandang rumah org tak pernahnya tangan kosong...wah meriahkan ada 5 family dalam satu rumah mummy yg kecik itu...best sangat penuh segala ruang.kesian sangat sbb bantal kurang.kat rumah mummy ada 18 buah bantal,ingatkan cukup rupanya kurang juga,kesian saper2 yg tak dapat bantal tu,terpaksa guna kusyen hehe sorry..

kiranya satu malam tu mummy tak tido,lepas subuh tu mummy terlelap kejap masa susukan daniel,adalah setengah jam kut,..pukul 12tghr,semua bertolak ke rumah sepupu mama kat bangi untuk majlis kenduri kahwin. pukul 2:30pm bertolak semula ke rumah mummy,keluarga wak salleh terus balik Johor. so, tinggal 4 Family jerlah.. Petang dalam pukul 6pm jalan ke KL sbb mama n isteri wak selamat (wak noi) request pergi  Masjid India.Suka sangat bila tgok semua org gembira,mama,wak noi n wak besah macam org rambang mata,semua benda nak dicapainya..bila tgok diaorg gembira, hati ni turut sama gembira walaupun letih tak tido semalaman.



30/4 hari ni mummy ambil cuti,iyerlah takkan ada tetamu kat rumah mummy nak ke opis plak, cam melampau jer rasanya,bukannya diaorg datang selalu pun,hari ni punya menu dari sarapan sampailah makan tengahari semua dari air tangan ayah,Terima kasih sayang sbb rajin masak,ada 7 jenis lauk ayah masak untuk makan tengahari..buat sorang2 tu,semua puji sedap...tengahari tu ajaklah diaorg pergi mandi air terjun dekat Sg Tekala Semenyih..Bestnya part ni, mama, abah n wak noi turut serta mandi sama, abahlah yg mummy agak terperanjat,jarang abah nak mandi kalau kitaorg pergi air terjun atau pantai,last mummy tgok abah mandi kat pantai masa umur mummy 6 tahun agaknya.

Lepas balik dari Sg Tekala. pas siap2 minum petang,kemas2 pakaian semua dah nak berangkat balik Johor,sedih okey time ni sbb kejap lagi mummy akan berpisah lagi dengan si ketot comel abg joe,wak noi cakap sebelum balik Johor wak noi nak singgah Nilai,N9. Ayah cakap tak payah lalu tol,lalu jer jalan salak tinggi,diaorg semua tak tahu jalan. Ayah mempelawakan diri untuk hantar diaorg sampai Nilai,mummy pun ikut sekali..Sampai jer Nilai dalam 5 minit gitu,mummy suruh asz(adik mummy) bawa abg joe jalan2,sementara abg joe jalan tu mummy,ayah, abg aiz,daniel n miqael jalan semula balik Putrajaya.Salam n cium2 semua org,sedih bila kelibat abg joe hilang dari pandangan mata.

Bila mummy dah sampai rumah,mummy call cik asz tanya abg joe nangis tak,cik asz cakap abg joe tanya jer 'ayah ner? ami ner?' sayunya hati. Lepas dua jam berlalu, mummy call mama,mama cakap abg joe dia tak nanggis tapi,, dia macam merajuk, diam saja,yang lagi sedih tu, masa kereta abah keluar dari NIlai 3, abg joe suruh abah pusing balik,abg joe cakap 'Abah pusing sini ambik ayah' mesti dalam hati abg joe ayah masih lagi kat kawasan Nilai tu,padahal kitaorg dah lama sampai Putrajaya..kesian anak comel mummy..
Maafkan mummy sayang sbb pisahkan kamu dgn adik beradik kamu yang lain.

Apapun mummy puashati bila org2 yang mummy sayang ada bersama mummy untuk hari minggu yang lepas,terima kasih semua,maaf diatas kekurangan..Jangan serik,datanglah lagi,kita boleh habiskan duit di KL n Nilai.hehee..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NuffnangX