Google Website Translator Gadget

Thursday, April 26, 2012

Bangun mummy bangun!!

Salam dears,

Akhir-akhir ni malas plak nak update blog ni..
dah lama tak cerita hal anak2
sejak abg joe duk kampung semangat nak berblog hilang plak
nak juga cerita pasal si kembar
kami
pasal abg aiz
pasal abg joe
pasal ayah
senang cerita pasal mummy sekeluarga

si kembar skrg time mummy basuh pinggan kat sinki dah pandai panjat2 nak tgok.
si abg aiz makin hari makin mengada manjanya,tiap hari minta mainan.
si abg joe,mama cakap makin manja hampir semua org suka kat dia,skrg ni asyik ajak abah n mama keluar jer lepas maghrib..

bilalah nak ada mood menulis blog ni


Friday, April 20, 2012

Cari Peluang

Assalamualaikum n salam sejahtera,

Akhir-akhir ni mummy  rasa macam sempit sikit masalah dari segi kewangan,mana taknya,anak2 semua tak sihat serentak,mummy pun naik tak sihat sama,memang untuk sebulan dua ni memang duit keluar macam air,kalau air paip tu boleh juga kita tutup,ini air terjun dah,lagi ditahan makin banyak plak dia bertakung,sekali lepas..habis terus tanpa berbaki...

Dua hari lepas ada juga bagitahu kat ayah yang mummy nak pasrt time malam kerja kat stesen minyak petronas,ayah cakap jangan mengada tak kesian anak2 ke? Sebab kesianlah mummy nak buat part time...

Bukan pendapatan mummy dgn ayah tak cukup tapi mmg kuranglah hehe..Lagi2 sejak akhir2 ni ada jer sesuatu yg berkaitan dgn duit,sampaikan mummy pun tak mampu nak bernafaslah.

mummy buka internet cari jugak peluang kerja part time,peluang tu ada tapi cam susah plak bila melibatkan kena cari downline,kalau yg kerja untuk cari pembeli tu mummy teringin jugak,tapi, kalau cari downline mmg mummy surrender..

Sekarang ni sejak mummy mencari ni ada jer peluang untuk cari duit, 1st tu kawan bagi peluang jualkan baju jersi, 2nd ada kawan suruh jualkan produk kesihatan n langsing, 3rd ada seorg akak ni pun bagi peluang untuk jaga kesihatan. Terima kasih pada yang sudi nak bagi peluang mummy menambah pendapatan,moga jasa uols akan mendapat keredhaan Tuhan.

Hari ni saja jersi mummy dah laku 2 helai.. produk kesihatan InsyaAllah akan menyusul..

Pssttt... sesaper nak jersi euro,team Malaysia n jersi kosong bolehlah hubungi mummy yer..


 

produk kecantikan n langsing pun ada. saper nak jadi wanita anggun pun ada jugak..

Tuesday, April 17, 2012

Wasiat Al Habib Ali bin Ja'far Alaydrus

Assalamualaikum,

kenapa bertahun mummy duk batu pahat mummy tak tahu pasal wali Allah ni,ruginya rasa,setelah ketiadaanya baru mummy tahu kewujudannya di daerah kelahiran mummy..


Wasiat Hb Ali bin Ja'far Al-Idrus *BATU PAHAT* - JOHOR

Antara Johor dan Kuala lumpur, terdapat sebuah desa terpencil yaitu "Batu pahat" yanggdi wilayah tersebut tinggallah seorang shalih yang Doanya tak pernah ditolak oleh Allah swt, Al Habib Ali bin Ja'far Alaydrus, seorang lanjut usia yang waktunya habis untuk menemui tamunya siang dan malam, dengan rumah yang sangat sempit dan sederhana, namun para Habaib dan Ulama ulama Dunia bila berkunjung ke kualalumpur, pastilah harus berkunjung untuk mendatangi beliau, telah banyak para habaib besar yang mengunjungi beliau, diantaranya
Al Habib Umar bin Hafidh Hadramaut, Al habib Muhammad bin Alwi Al Maliki Makkah, Al Habib Zein bin Ibrahim bin Smeith Madinah, Al Habib Hasan bin Abdullah As Syathiri Hadramaut, Al Habib Salim bin Abdullah As Syathiri Hadramaut, Al Habib Abdulqadir bin Ahmad Assegaf dan banyak lagi para Habaib besar yang selalu mengunjungi beliau, dan ayah beliau adalah salah seorang yang Luhur dan Agung disisi Allah, Al Habib Ja'far Alaiydrus yang termasyhur dihampir seluruh Dunia sebagai orang yang shalih dan telah dikelompokkan dalam kumpulan ahli Shiddiqiyyatil Kubra, dan putranya Alhabib Ali bin Ja'far yang tampak tak memiliki apa-apa, dan selalu menunduk dan dipenuhi kerendahan diri dan kesopanan pada para tamu tamunya ini, bersuara lembut dan penuh kasih sayang ini.. ah..beliau bagaikan Intan berlian yang bersinar ditengah-tengah gelapnya suasana malam.

nasihat-nasihat beliau :

Nasihat pertama:

Bacalah Al-Quran. Ikutilah Al-Quran. Al-Quran itu adalah karangan Pencipta kita. Hidup kita pasti selamat jika kita berpandukan Al-Quran.

Nasihat kedua:

Jangan bergaduh antara satu sama lain. Yakni antara adik beradik, ahli keluarga, sahabat2, saudara-mara dan sebagainya. Jika ada pergaduhan, cepat2lah berbaik2 antara satu sama lain.

Nasihat ketiga:

Bertaubatlah kamu sebelum pintu taubat tertutup untukmu. Di sini boleh bermakna ajal ataupun munculnya tanda2 besar Kiamat.

Nasihat keempat:

Allah swt itu adalah Khalik iaitu sang Pencipta. Manusia hanyalah Makhluk iaiatu yang dicipta. Maka manusia itu patut mematuhi apa sahaja perintah2 Pencipta bukan Pencipta mematuhi perintah manusia. Takutlah pada Allah swt dengan bertaqwa pada Allah swt. Jika manusia tidak taku pada Allah siapa yang dia takutkan? Akibat tidak takut pada Allah swt, banyak masalah telah ditimpa pada manusia itu sendiri. Turutilah semua perintah2 Allah swt dan juga Nabi Muhammad s.a.w yakni Rasul dan Nabi yang terakhir. Ingatlah tiada Nabi selepas Rasulullah solollah alahi wassalam.

Nasihat kelima:

Solat lima waktu mesti di laksanakan di mana jua, tanpa mengenal masa. Allah swt telah meringankan solat dari lima puluh waktu kepada hanya lima waktu sahaja maka itu jangan sekali2 tinggalkan Solat2 fardhu.

Nasihat keenam:

Anak2 kita mesti dilatih berpuasa apabila menjangkau usia 10 tahun selambat2nya.





sumber hakim114

Monday, April 16, 2012

Hati ini Sakit Mummy

Hari jumaat yang lepas (13/4/2012) petang tu ayah cakap kita nak balik kampung,nak balik kampung macamana kereta kan tak ada,cam ner nak balik..ayah kata takper kita naik bas.. Bas???!!!

macamana nak bawa si kembar ni ayah woi,kalau abg aiz tu ok lagi,dah besar bolehlah diam,ayah cakap dah janji dgn kawan nak jumpa kat Batu Pahat,so, nak tak nak balik jugak BP, sampai kat TBS dekat pukul 8pm, ayah beli tiket,mummy pegang sikembar kiri kanan,abg aiz duk sebelah mummy,lepas beli tiket,ayah cakap dapat bas pukul 9:30pm,uh lewatnya..pergi kat 7e, belilah makanan apa2 yang patut..masa nak naik bas tu baru terlintas nak tanya ayah,'ayah beli berapa tiket?'..'beli 2 jer mummy'.. aduhai suamiku..mcmana nak duduk kat seat kalau beli 2 jer,tak pasal2 ayah pegang abg aiz dgn daniel,mummy pegang miqael,cramplah tangan nak sampai ke BP.sampai BP pukul 12:00pm. abah ngan mama ambil kat bus stand.

Hari sabtu tu tunggu mama(nenek izz) balik dr kerja pukul 3pm,dalam pukul 5pm ayah ajak pergi ayer Hitam nak urutkan miqael n daniel..Pagi2 ahad tu abah(atuk izz) tanya kat mummy ,'nanti nak balik KL naik bas dik(abah suka panggil mummy adik,kdg2 akak)' mummy jawabkan iyer je lagipun tiket dah booking pukul 5:30pm. abah kata 'kesian budak2 tu naik bas,kan susah,lagipun diaorgkan batuk,biarlah abah jer hantar' serba salah jadinya,mummy menolak,mummy kesian kat abah,manataknya lepas hantar mummy mesti penat nak patahbalik Johor semula,pastu pagi2 pukul 7 mama nak kerja plak..pastu abah mama n adik2 keluar pergi sri medan,mama cakap nak cari lauk,tak lama diaorg keluar abah call mummy,abah cakap ' abah hantar jer dik petang ni ', nak tak nak mummy setujulah jugak tapi, dalam hati, kesiannya abahku ni risau betul kat anak cucu dia.

Pukul 6:30pm Abah ,mama n mummy sekeluarga abah hantar balik KL,mummy tgok org yg paling teruja abg Joe,gembira mummy tgok riak muka abg Joe, sampai jer  rumah,abg joe terus tanya,'mummy nak main' kesian abg joe minta izin  nak main kat bilik belakang,iyerlah dah 3 minggu dia duduk kampung..abah n mama baring2 sekejap,lepaskan penat kut,kesian mama n abah drive jauh2 nak hantar kitaorg,lepas siapkan air panas n sedikit biskut,mummy pergi mandi,abg joe ktuk pintu, 'mummy aiz nak mandi'(abg joe suka gelarkan diri dia aiz) mummy bukakan baju n mandi sama dengan abg joe,suka tgok abg joe gembira,dalam hati mummy masa ni, 'sayang kejap lagi abg joe kena ikut nenek balik kampung' terasa air hangat mengalir kat pipi mummy,mummy angkat dia,mummy peluk n mummy cium puas2.

lepas siap pakaikan baju abg joe,terus abg joe meluru kat abah,'abah cepat' mesti abg joe ingat kalau dah siap mandi boleh berjalan2..masa tu pun mama n abah mmg dah nak balik, abg joe dah masuk dalam kereta, abg joe tgok ayah tak pun naik kereta,ayah cium abg joe,masa tu lah baru abg joe perasan yang dia nak kena balik kampung agaknya..abg joe dah panggil mummy 'mummy masuk sini' X3 merenggek abg joe,mummy cium2 abg joe,tak sampaihati rasanya tgok darah daging sendiri meronta2 nanggis dalam kereta..mama pegang abg joe kuat2,selalunya mummy tabah,tapi, malam tadi mummy betul2 tak kuat,mengalir laju air mata ni tgok abg joe meronta2. mana tak sedih tgok anak sendiri dah gembira dalam rumah tiba2 kena balik kampung semula,kalau mmg tak sampai rumah lagi tak apa,ini dah main2 dah makan tup2 balik kampung..

lepas 15 minit berlalu,abah call mummy abah cakap dah masuk h'way kajang,abg joe baru berhenti nanggis tapi tak boleh di sentuh kalau di sentuh merenggek semula,kesiannya anak mummy.

lepas 1jam setengah berlalu abah call,abah dah sampai Exit pagoh,mama cakap sampai kat mana entah abg joe peluk mama terus tertidur,mesti hati abg joe sakitkan,iyerlah dahlah kena tinggal kat kampung,mgu lepas balik kampung pun mummy tinggal abg joe dalam nanggis2 tu klik sini,mgu ni kena lagi adegan yg sama cuma bezanya mgu ni abg joe dah sampai sini..mesti sakitkan hati si hero kecik mummy tu,mesti kalau dia pandai meluahkan isi hatinya mesti dia akan cakap "Hati ini Sakit Mummy"..

Abg joe,mummy tak sanggup sebenarnya nak hadapi semua ni,tapi, keadaan membuatkan mummy perlu pisahkan abg joe n adik beradik abg joe untuk sementara mummy dapat pengasuh yang baru..

10 Surah dapat Menghalang daripada 10 ujian Besar Allah

sumber


10 Surah dapat Menghalang daripada 10 ujian Besar Allah




  1. Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.
  2. Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.
  3. Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
  4. Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
  5. Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.
  6. Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.
  7. Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
  8. Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
  9. Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
  10. Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.

Wednesday, April 11, 2012

Doakan cepat sihat

Assalamualaikum n salam sejahtera,



Daniel admit ward dari semalam(ward 2C hospital Putrajaya),
Miqael Demam juga tapi, tak admit ward suhu 38'c..
abg aizz pagi tadi panas juga,abg joe demam baru nak ok...

doakan anak2 mummy cepat sembuh yer

Monday, April 9, 2012

Mummy balik dulu..

Assalamualaikum n salam sejahtera..

Pagi2 dah buat entri sedih,
Malam tadi mummy tinggal abg joe kat kampung,dapat jumpa abg joe sabtu ahad jer,kesian time nak tinggalkan tu,abg joe menanggis jerit2,tak sanggup nak tengok,mama n cik emmy bawa abg joe naik kereta,mama bawa pergi Tongkang Pecah,dr laman rumah mama, mummy tgok abg joe meronta2,ya Allah sayunya hati..mummy tgok ayah mengalir air mata,ayah sedih sgt2.

mummy setitik air mata pun tak mengalir,bukan tak nanggis tu bermakna mummy tak sedih,biarlah Tuhan jer yg tahu,sebak kat dada mummy,biar tuhan jer yg tahu sayunya hati ni,mummy tabahkan hati,ibu mana sanggup berjauhan dgn anak beratus batu plak tu,bila kereta bergerak menghala ke Putrajaya,bila si kembar tidur, abg aiz sibuk dgn main game ipod nya,mummy melepas pandangan ke luar tingkap,dgn hujan renyai2,dgn cuaca yg suram,muka abg joe terus bermain dalam minda mummy..

dua hari bersama abg joe rasa singkat sangat,lagi2 abg joe demam,semalam masa nak tinggalkan abg joe selsema + batuk,dahlah demam tak baik lagi,ditambah plak batuk n selsema,bila teringat masa petang sabtu tu abg joe nak peluk mummy,rasa hampir mengalir air mata,semalam pagi bawa abg joe pergi pasar sri medan,kesian abg joe,rambut dah panjang,ayah cakap gunting jerlah rambut abg joe,cari jugak kedai n gunting rambut abg joe,meronta2 abg joe bila acik tu trim rambut abg joe..sian mummy tgok.

Masa mata ni terus memandang ke luar tingkap kereta ayah, kenangan melahirkan abg joe hingga dia berusia 2 tahun 6 bulan ni, bersilih ganti memori tu datang dalam ingatan,akhirnya mengalir jugak mutiara jernih membasahi pipi ni,cepat2 mummy seka airmata ni dr terus mengalir,mummy tak nak sesaper nampak,mummy tak suka kesedihan mummy org nampak,biarlah mummy jer yg rasa...

Abg Joe, mummy doakan cepatlah abg joe ubah perangai,abg joe suka menanggis,sikit2 menanggis,sbb tu bibik makan hati dgn abg joe,bibik cakap dia angkat tangan kalau nak bela abg joe,mummy sangat2 geram bila bibik cakap macam tu 3 minggu lepas,sbb tu lah abg joe mummy hantar kampung 25/3 yg lepas.

Malam tadi mummy call cik emmy,tanya dia abg Joe mcmana masa balik dr Tongkang? Cik emmy cakap abg joe diam jer,baring atas tilam, minta susu,pastu termenung,cik emmy cakap gayanya macam org yg sakit hati,tapi, abg joe budak, so, apa yg disakitkan tu tak terluah, Kesiannya anak mummy, Cik emmy cakap,takperlah kak biar abg joe kat kampung jer,abg joe ok jer,kat kg suka buat org gelak dgn keletah dia,lagipun abg joe kan mmg dah lama duk kampung,mmg betul pun sebelum duduk dgn mummy 3 bulan lepas,sebelum ni mmg abg Joe duk kampung (sejak nov 2010).
masa ni abg joe duk kampung sbb ayah duk Johor,mummy pula tengah pregnantkan si kembar,keluar masuk hospital jer,sbb tu abg joe duk kampung, abg aiz time ni mmg duk berdua dgn mummy,abg aiz mummy hantar kat taska office mummy.

mummy baru jer rasa gembira bila semua anak2 depan mata,tapi, bila bibik asyik komplen pasal abg joe,mummy terpaksa jugak lepaskan abg joe tinggal dikampung semula, InsyaAllah 2 3 bulan lagi kalau mummy dapat cari pengasuh lain, mummy bawa semula abg joe tinggal dgn mummy yer..mummy pun sebenarnya dah bosan dgn bibik tu,dahlah demand,berlagak cam dia tuan rumah,dahlah tidur awal(9mlm), sabtu ahad cuti,dahlah jaga budak semata2,kalau masa mula2 mummy ambil dulu,kemas rumah, mop lantai,masak nasi,skrg ni mmg jaga anak2 jerlah,bila malam mummy minta tlg tidokan salah sorang kembar,boleh plak dia cakap,sy angkat tanganlah kalau nak jaga malam,wui demand kan,mcm tu nak gaji RM700.entah apa2 kerajaan indonesia minta.dahlah kalau kat rumah pakai baju ketat,seluar tight yg pendek tu,bila mummy cakap,esok2 dia pkai lagi. makan hati lorr..

nak jer hantar anak2 rumah pengasuh,tapi, semua tak sanggup nak jaga kembar sbb diaorg cakap kecik lagi..nak hantar taska,problem plak bila ayah tak ada, macamna nak bawa diaorg g taska..ingatkan kalau ada maid boleh bersenang lenang,rupanya makin tertekan..so, kena juga tahankan hati,jgn sampai mati dahlah mummy ni..

Buat abg joe, jangan risau mummy tetap iktiharkan untuk abg joe tinggal dgn mummy n adik beradik abg joe yg lain,mummy sayang abg abg joe..

Friday, April 6, 2012

Renungan di Hari jumaat

Jika gaji kita RM 5000 tetapi kita kerja kuat seperti gaji
RM 20 000, Allah SWT akan berikan beza RM 15 000 itu
samada dalam bentuk duit, anak soleh, hidup bahagia dan lain-lain.

Jika gaji kita RM 5000 tapi kita kerja malas macam gaji RM 2000, beza RM 3000 itu Allah akan tarik samada dalam bentuk kecurian, kesusahan, anak nakal dan seumpamanya. - Prof. Muhaya

Sometimes,money is not everything. it's the passion towards what we do, and the feeling of satisfaction

Islam menggalakkan umatnya mencari kekayaan dgn jln halal dan berkat. dgn kekayaan kita dpt beramal jariah. tapi kalu belum smp rezekinya, syukurlah dgn pemberianNya. sama ada sedikit atau byk, yg penting berkat, wAllahu a'lam
ilham dari ~Mubarokah Musafirah~







Selamat Pagi Jumaat

Assalamualaikum n salam sejahtera...

Hari jumaat penghulu segala hari n hari yg sentiasa dinanti2kan oleh mummy hehe sbbnya esok sabtu ahad cuti,leh jaga anak2 mummy..

Ingatkan petang ni kalau tak ada aral mummy nak balik kampung,tak sabar nak jumpa abg joe,malam td zira mesej abg joe demam,risaunya hati mummy..mesti dia demam rindu..InsyaAllah abg joe petang ni mummy sampai yer..

Malam tadi mama cakap minggu ni banyak kenduri kahwin,surat undangan untuk mummy sekeluarga pun ada 2 undangan...wui,duk jauh cam ni pun org dtg menjemput,karang tak pergi org cakap apa plak,iyerlah kalau org dah jemput kita wajib pergi melainkan ada alasan yg munasabah jer kita dikecualikan untuk tidak menghadiri sesuatu majlis yg dijemput. Tapi, tngah fikir jugak,lagi ramai yg menjemput lagi banyak becek nak kena keluar ni huhu..

Kalau confirm dapat balik hari ni dapatlah jumpa abg joe sampai hari ahad,pastu kena tinggal semula abg joe kat kg,kesiannya anak mummy..oklah jugak abg joe kat kg,tak ada org yg nak marah2,yg paling untungnya tak ada org yg pukul abg joe kalau duk kampung, tapi, kalau abg joe duk sini mesti merah2 betis tu kena rotan dgn ayah,ada jer salah abg joe yg ayah nampak,sian abg joe..

Kalau betul balik,esok mummy ajak ayah bawa abg joe jalan2 pusing batu pahat..Itupun kalau ayah ada masa,biasanya kalau kat kampung ayah busy memanjang,jumpa org tu lah,jumpa org ni lah,untuk apa pun mummy tak faham..biasalah kawan2 1st..apa2 jerlahkan, takperlah kalau ayah tak nak bawa kita tunggu cik amy balik kerja pastu kita keluar ok..

*rindu sgt kat abg joe,mama,abah n adik2

Wednesday, April 4, 2012

Rindu sangat @ abg Joe

Assalamualaikum...

Lama mummy pendam perasaan ni untuk beberapa hari ni.. pendam yg dalam sangat kat lubuk hati ni..hari ni dah 10 hari abg Joe mummy letak kat kampung.. Biarlah Tuhan saja yg tahu bertapa rindunya hati mummy ni..terlalu rindu.

RAbu lepas 28/3/12 hari pertama abg Joe abah(atuk) hantar rumah cik lina,kiranya adik abah yg jaga abg joe time mama n abah kerja, sebelumnya tu(hr selasa) abah bawa abg joe pergi kerja,kesian abg joe ikut atuk angkat buah sawit. Tapi, bestkan, dulu mummy pun selalu ikut abah angkat buah sawit,best jer time masuk kebun dengan jalan yg tak rata,dah macam kembara 4wheel.

sebab apa abg Joe duk kampung leh klik sini.. selalunya kalau mummy balik jer dari kerja mesti abg joe kejar mummy n peluk kaki mummy,terus tgok dalam handbag mummy,'mami, biskut' mesti dia tanya biskut. abg joe mmg suka biskut oreo,kalau dia buka beg mummy tak ada biskut oreo.dia tak nanggis tapi, terus berlalu dgn muka sedih,nak tak nak turun juga pergi kedai belikan.. mummy kalau anak2 sedih sbb makanan mmg mummy tak boleh tgok.hati, terus jadi sayu.. tapi, kalau anak buat muka sedih atau menanggis terjerit2 abb nak mainan mmg mummy wat tak tahu jer.. Biarlah sampai sendu sedan sekalipun huhu kejamkan..

Ikutkan hati nak jer balik kampung minggu ni tengok abg joe,tapi, mummy...susah nak cakap... gaji dahlah lambat lagi..tiap2 hari tahan jer rindu yg makin mendalam ni, bila mummy ngadu kat ayah yg mummy rindukan abg joe, ayah cakap "sabarlah"..aduhai ayah senangnya cakap..mummy ni ibu tau,mana boleh seorg ibu berjauhan dgn anaknya lama2. mama pun kalau tak nampak mummy dalam sebulan mesti telefon 'tak nak balik long,rindu mama kat along'.. itu mama yg dah hidup dgn mummy dekat 20 tahun lebih. inikan pula mummy yg hiduop dgn abg joe baru 2 tahun lebih..

Bila cerita pasal abg joe,mummy tak boleh lupa kisah 2 tahun lepas( selepas mummy habis cuti pantang bersalinkan abg joe) mummy ingat lagi, mummy masa tu tinggal kat semenyih berdua jer dengan abg joe, dekat setahun mummy tinggal berdua dgn abg joe,pergi n balik kerja dahlah tumpang kawan mummy,kalau kawan balik malam,maka malamlah mummy sampai rumah dgn abg joe,mmg sedih sangat masa tu..susah n sedih hanya kami berdua saja.sbb tu bila mummy berjauhan ni mummy rindu abg joe lebih2 sangat,lagi2 bila teringat time duk berdua kat semenyih dulu..


abg joe n adik mummy(merangkap mama zira abg joe)


* abg joe mummy rindu sangat kat kamu..rindu yg teramat2 rindu

Monday, April 2, 2012

PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2012 (Kenaikan Gaji Kakitangan Awam SSM)

Salam semua...

Bila tengok pekeliling yg keluar dr JPA,gaji SBPA lg besar dr kenaikan SSM..Ingatkan makin ok,rupanya makin rendah...nak buat macamana dah itu rezekinya,terima n redha InsyaAllah cukup.

KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT LANJUT

Hidung Daniel berdarah

Malam tadi masa abg aizz ngan Si kembar bermain,secara tetiba darah keluar dari hidung Daniel...mummy sangat2 panik sbb seumur hidup mummy mmg tak ada pengalaman berhadapan dengan masalah hidung berdarah ni,adik beradik or keluarga mmg tak pernah mengalaminya.so, 1st time mummy berdepan masalah ni...

menjerit2 mummy panggil ayah,ayah mummy tgok terus angkat Daniel,bawa pergi ke sinki n basuh,ayah cakap dongakkan je,mummy suruh ayah pergi kedai bawah cari daun sireh(mummy pernah dengar org ckp guna sireh kalau hidung berdarah) tak lama ayah masuk ke rumah, ayah cakap sireh tak ada...Aduh, mummy telefon mama,mama cakap bersihkan,pastu letak kain basah atau ais..mummy buat,Alhamdulillah mmg tak ada keluar lagi..

Ayah cakap benda tu normal,ayah cakap dulu ayah ada juga 2 3 kali kena cam tu...mummy fikir nak bawa hospital je,ayah cakap kalau berterusan n tak henti baru bawa hospital,ayah cakap tgok kalau ada keluar lagi kita g spital...Nasib baik ayah ada kat sini minggu ni,kalaulah mummy sorang2 mmg panik gilerlah..

Ni antara artikel sebab dan cara rawatan hidung berdarah;

Hidung anak berdarah


MASALAH hidung berdarah (juga dipanggil epistaksis) berlaku apabila salur darah halus di dalam lapisan sel pelapik hidung pecah. Lapisan dalam hidung sebenarnya sangat ‘lembut’, manakala salur darah pula dekat dengan permukaan yang menyebabkan ia mudah pecah dan berdarah.

Ada banyak punca lazim yang menyebabkan hidung berdarah, seperti:

# Salur darah dalam hidung yang sangat sensitif — Ia pecah dan berdarah dalam cuaca panas serta kering

# Jangkitan — termasuk jangkitan pada hidung, tekak atau sinus

# Selesema dan flu

# Alahan (seperti pada kutu habuk atau alahan rinitis)

# Hidung terhantuk

# Kehadiran benda asing dalam hidung (contohnya apabila kanak-kanak memasukkan sesuatu ke dalam hidung mereka; biasanya manik)

# Tekanan keterlaluan (biasanya berlaku serentak dengan sembelit)

# Penggunaan sesetengah jenis ubat (seperti ubat anti keradangan atau semburan hidung)

Antara punca yang jarang berlaku tetapi masih boleh menyebabkan hidung berdarah:

# Kehadiran benda asing atau polip dalam hidung

# Gangguan atau masalah kesihatan berkaitan darah

# Perkembangan vaskular yang tidak sempurna

# Ketumbuhan dalam saluran hidung dan tekak

Bantuan kecemasan

Apabila kanak-kanak mengalami masalah hidung berdarah, mereka mudah tertekan dan terganggu melihat serta merasa darah (yang mengalir masuk ke dalam mulut). Tenangkan perasaan anak dan beritahu mereka bahawa dia selamat serta tidak perlu bimbang.

Anak anda mungkin berasa takut ada sesuatu yang tidak kena dengannya dan mula menangis. Beritahu anak supaya bertenang kerana menangis akan membuatkan pendarahan menjadi lebih teruk. Caranya:

# Suruh anak duduk tegak dalam keadaan selesa dan badan dicondongkan sedikit ke depan.

# Picit bahagian bawah hidung yang lembut dengan jari, tisu atau sapu tangan selama 10 minit. Bagi anak yang lebih besar, dia boleh melakukannya sendiri.

# Meletakkan pek ais atau kain lembap yang sejuk pada batang hidung juga boleh membantu.

# Galakkan anak anda meludah darah yang menitis dari hidung masuk ke dalam mulut. Jika darah berkenaan ditelan, anak anda mungkin muntah dan menyebabkan semakin banyak pendarahan.

Peringatan: Jangan asyik memeriksa sama ada pendarahan sudah berhenti dengan mengalihkan jari. Untuk menghentikan pendarahan, darah perlu menjadi beku dan ia mengambil sedikit masa. Alih perhatian anak dengan menyuruhnya membaca atau menonton televisyen.

Dekatkan jam dengan anda supaya anda boleh memastikan hidung anak dipicit selama 10 minit. Selepas itu baru periksa sama ada pendarahan sudah berhenti. Jika masih berdarah, ulang langkah di atas dan picit lagi hidungnya selama 10 minit.

Apabila pendarahan berhenti, pastikan anak tidak cuba mengorek atau menghembus nafas dengan kuat (untuk mengeluarkan sisa darah) dalam tempoh 24 jam. Malah dalam tempoh itu anak anda perlu berehat dan tidak sepatutnya berlari ke sana sini atau terbabit dalam permainan lasak untuk mengelak pendarahan berulang.

Rawatan

Jururawat atau doktor akan menunjukkan cara mengendali dan menghentikan pendarahan hidung anak. Jika bantuan kecemasan gagal dan pendarahan tidak berhenti, doktor perlu melihat ke dalam hidung anak dengan menggunakan cahaya khas untuk mencari salur darah yang pecah.

Kemudian doktor mungkin akan:

# Menyapu krim atau balsam ke dalam hidung anak (ada ubat khas yang memperlahankan aliran darah)

# Menggunakan ‘cautery’ iaitu bahan khas untuk ‘membeku’ atau ‘membakar’ salur darah untuk menghentikan pendarahan. Jangan bimbang, ia selamat dan tidak berbahaya.

# Meletakkan kain gauze khas pada hidung anak.

Untuk pendarahan teruk, anak anda mungkin perlu menjalani ujian darah untuk mengetahui banyak mana darah yang hilang. Mereka juga mungkin dirujukkan kepada pakar telinga, hidung dan tekak bagi pemeriksaan lanjut.

Jika doktor meletakkan gauze pada hidung anak, ia perlu dikekalkan selama 24 hingga 48 jam. Anda perlu membawa semula anak ke hospital (unit kecemasan) untuk pemeriksaan dan mengeluarkan gauze berkenaan.

Pada masa sama doktor juga akan memberi ubat antibiotik untuk anak bagi mengelak jangkitan bakteria ketika gauze diletakkan dalam hidung anak. Jangan cuba menanggalkan sendiri gauze ini.

Selain itu, jika keadaan tidak serius, doktor biasanya menasihatkan ibu bapa untuk menyapu balsam antibiotik ke dalam hidung anak empat kali sehari selama seminggu bagi menghapuskan jangkitan yang mungkin ada.

Jika hidung anak menjadi kering, anda juga perlu menyapukan balsam pelembap (atau gel petroleum) ke dalam hidung anak untuk mengelakkannya merekah. Biasanya balsam ini perlu disapu dia kali sehari selama seminggu.

Ini boleh dilakukan dengan menggunakan putik kapas dan sapukan perlahan-lahan ke dalam hidung anak. Jangan guna kaedah ini kepada anak berumur empat tahun ke bawah kerana mereka biasanya susah memberi kerjasama dan mungkin boleh menyebabkan kecederaan.

Penjagaan di rumah

# Suruh anak berehat selama 12 hingga 24 jam. Dalam tempoh ini dia boleh melakukan aktiviti ringan seperti melukis, membaca atau menonton televisyen.

# Elak memberi anak minuman atau makanan panas, mandi air suam sekurang-kurangnya 24 jam selepas hidung berdarah.

# Beritahu anak untuk tidak mengorek hidung atau menghembus hidung dengan kuat dalam tempoh 24 jam selepas pendarahan berhenti atau seminggu jika hidung mereka dimasukkan gauze.

# Elak anak terbabit dalam aktiviti lasak seperti berlari atau mengangkat benda berat selama seminggu.

# Jika anak anda juga mengalami masalah sembelit, tingkatkan pengambilan cecair (air, jus prun) dan serat dalam diet mereka. Beri anak makan buah-buahan segar atau stew buah mahupun bijirin atau roti mil penuh. Anda juga boleh meminta doktor memberi pelembut najis bagi mengelak mereka meneran ketika buang air.

# Kadangkala balsam pelembap atau semburan hidung diperlukan. Dapatkan nasihat doktor.

Apa yang perlu dijangka

Kebanyakan masalah hidung berdarah hanya menyebabkan sedikit ketidakselesaan pada anak. Jika hidung berdarah, anak anda mungkin berasa takut dan tertekan, muntah (jika tertelan darah) atau mengalami beberapa episod pendarahan dalam masa beberapa minggu.

Hidung berdarah adalah masalah biasa di kalangan kanak-kanak disebabkan aktiviti mereka. Belajar cara menangani dan memberhentikan pendarahan hidung. Kes hidung berdarah akibat masalah kesihatan jarang berlaku tetapi untuk kepastian, bawa anak berjumpa doktor.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NuffnangX