Google Website Translator Gadget

Thursday, March 29, 2012

Mummy Tidak Sihat

Assalamualaikum sahabat,

Hari ni mummy masih lagi tak berapa sihat,sakit dekat mummy punya breast tu dah membawa kepada sesak nafas n cramp kat dada...Naper yer..Dah pergi klinik,dah dapat pun referral letter ke Hospital tapi, tak sempat nak ke hospital. bukan tak sempat apa pun,mummy sebenarnya tak ada kekuatan nak pergi hospital,mummy takut kalau doktor cek n result yg keluar mengatakan mummy confirm ada breast cancer,Allahu akbar boleh ke mummy terima..

Macamana dengan anak2 mummy yg kecik2,dengan pendapatan ayah yg tak menentu,Allahu akbar mana kekuatan mummy ni..bertahun sebenarnya dah mummy menanggung sakit ni punya seminggu ni selalu sangat sesak nafas n cramp kat dada..Lagi sedih bila org tersayang mcm endah tak endah je apa yg mummy tanggung..entri ni bukan nak minta simpati reader..tapi, tak tahu nak luah kat mana..mungkin mummy boleh dapat kata2 semangat kat sini..InsyaAllah.

Andai betul mummy ada kanser,baper tahun lagi mummy mampu bertahan? saper akan jaga anak2 mummy? mmmy tak risaukan benda lain,mummy hanya risaukan anak2 saja. Mummy tahu ayah boleh jaga diaorg,tapi, sampai bila? boleh ke ayah jaga dgn baik? ..Allahu akbar.

Mummy harap sangat ada kekuatan hati ni untuk ke Hospital dalam masa terdekat..
Anak2 mummy yang mummy cinta,kasih dan sayang plz bagi mummy kekutan

Tuesday, March 27, 2012

IMI tinggal kampung

Hari ahad baru ni mummy balik kampung,ayah ckp bosanlah duk sini jom balik Johor..sebenarnya ayah bengang sangat kat bibik,manataknya tiap2 minggu asyik nak cuti je..sabtu tengahri keluar,hari ahad malam baru balik..ni dah 7 minggu berturut2 bibik buat perangai..ayah suh terminated jer bibik tu..buat tambah beban jer ayah ckp..

yang buat Joe kena tinggal kampung, sbbnya mummy sikit kecik hati dengan bibik,mmg abg Joe suka merenggek bila minta sesuatu n sikit2 mesti nak nanggis,yang buat mummy kecik hati tu setiap kali mummy balik kerja mesti bibik mengadu yang dia makan hati dengan abg joe,dia cakap dia penat layan kerenah abg Joe,kecik hati okey bila org cakap anak kita macam tu,mummy bayar tau untuk bibik jaga anak mummy,so, pandailah bibik nak handle..pelik sungguh.

mummy balik kampung masa hantar abg joe pun tanpa bibik ikut,iyerlah setiap kali hari sabtu ahad jer minta cuti pergi rumah kawan dia..tensen giler dapat bibik macam ni,mana taknya,malam pukul 9pm dah tido,pagi bangun pukul 6:30am kalau sabtu ahad pukul 8am baru bangun.Tengahari sabtu mesti keluar,macam2 alasan dibagi..

masa mummy nak tinggal abg Joe kat kampung mummy saja je cakap dengan mama, mama jgn pukul abg joe eh?? mama cakap,dia kat sini dgn kat sana banyak lagi kat sana dipukul..huhu mama perli ayahlah tu..iyerlah sejak duk dengan mummy hampir setiap hari abg Joe kena rotan dgn ayah..kadang2 tak sampaihati mummy nak tgok..Alhamdulillah ni abg je duk kampung,takdelah dia kena pukul untuk tempoh ni..Masa dalam kereta ayah cakap dengan mummy,'aku pukul pun anak aku' pening mummy nak layan..mummy biarkan jer kata2 ayah tu berlalu mengikut angin huhu


Abang Joe kena tinggal kat kampung

* Abg Joe mummy harap abg joe faham kenapa kami letak abg joe kat kampung yer,org pertama yg gembira bila abg Joe duk kampung abahlah(atok)..iyerlah dalam 4 org anak mummy yg panggil abah,abg joe sorang jer,mana taknya lebih setahun abg joe duk kampung(dari bulan 12/2010) abah skrg ni pun kalau abg joe duk ngan mummy setiap hari call tanya bila joe nak balik..

Friday, March 23, 2012

Budak Comot

Assalamualaikum n salam sehjahtera,

Kat opis mummy 2 hari ni ada jualan puspanita, mummy saja mengatalkan diri dok usha2 jualan kat dewan ni.. niat hati mmg just nak tgok2 je,saja nak release tension konon,iyerlah duk kat opis satu hari pun boleh blank kepala ni..

Pusing punya pusing,mmg tak banyak pilihan pun,time, nak balik semula ke opis,mummy teringat anak2 mummy,apasalahnya kalau mummy belikan makanan tuk diaorg,roti ke,ceklat ke..huhu dah lari dr matlamat asal ni..tadi memula beriyer sgt tak mahu beli apa2..Nak macamanakan teringat anak2 gitu...

1st tu beli roti 3 bungkus RM8.50, pastu nampak muffin hehe beli 4 pcs RM3.20, pastu nampak plak coklat Oreo 4pcs RM10.00 sbb tertarik sgt nak beli tu ada gambar upin ipin n boboboy, terus teringat 4 org hero kat rumah tu..kaki ni terus gatal nak pusing semula..singgah satu kiosk ni jual produk handmade..saja duk belek2 satu sabun ni..tetiba dtg dia punya owner "adik, ni bagus ni,ni sabun untuk stress.bla..bla..." akhirnya tergoda juga, beli satu RM12.90..

Niat pertama just nak usha2 jer,tak pasal2 habis RM34.60..mummy2 tak tahn godaan tul..pas ni kalau ada jualan puspanita mummy kena tahan kaki ni dr turun tgok jualan huhu..


Penangan coklat oreo(daniel)

miqael

masa diaorg makan ni,bibik bising haha..bibik ckp " aduh mak kamu punya pasallah ni,baru saja dimop" ampunlah bibik..huhu

Thursday, March 22, 2012

Tiada apa yang lebih Berharga

Salam dears,

tak ada apa yg mummy nak citer sgt pun,just saja nak berblog hari ni,saja nak buat entri tuk abg2...

Tiada apa lagi yang lebih berharga selain anak2,seorg ibu sanggup bergadai apa saja pun untuk membesarkan anak2..macam tu jugak mummy..kadang2 ayah selalu cakap dgn mummy,"gaji bulan ni belilah baju n barang2 keperluan awk syg,tgok tiap2 hari awk pergi kerja baju yg sama juga berulang2".. mummy just senyum je bila ayah cakap macam tu..

Dalam hati mummy biarlah mummy pakai baju tu seminggu 2 kali pun takper,mummy tak pernah fikir semua tu,janji kat dalam almari dapur tu stok susu untuk 4 hero cukup,diapers kat bilik cukup,tu dah cukup buat hati mummy gembira..sbb apa yg ada tu semua hasil gaji mummy..bohong kalau mummy tak nak itu,tak nak ini..tapi,pada mummy keperluan anak2 lagi penting..

Anak2 ibarat nyawa yg tak boleh ditukar ganti..anak2 segala2nya.......biarlah apa pun terjadi anak2 yg pertama walaupun mummy terpaksa ikat perut sekalipun,biarlah yg terbaik tu hanya untuk anak2,mummy tak pernah terlintas kat hati ni, supaya satu hari bila anak2 dah besar n ada kerjaya,anak2 akan tlg mummy dr segi kewangan,cukuplah anak2 senangkan hati mummy..itu sudah cukup untuk mummy tenang di alam sana.

Buat anak2 ku... kamu semua adalah nyawa mummy buat selamanya



Thursday, March 15, 2012

Kisah setahun lepas

Salam dears,

Setahun lepas(15.3.2011)

Time ni, time tamatnya waktu melawat Hospital Pakar Sultanah Fatimah(HPSF).. time ni lah mummy menanggis teresak2 tak bagi mama balik,mama pun mummy tgok time tu dah sama2 bergenang airmata,mama pergi jumpa nurse yg jaga kat meja depan kat wad tu..mama tanya boleh tak bagi mama jaga mummy untuk satu malam...
Nurse tak bagi, nurse ckp mmg tak benarkan sesaper pun jaga patient...mummy sedih sgt2 time ni..mummy tak tahan sakit sebenarnya..Dari kecik lagi kalau sakit mummy mmg nak ada org yg teman mummy..

Lepas mama, abah, amy, asz, zira, Epah n ayah balik,rasa nak jer mummy meraung sedih..dahlah lepas operation mummy tak dapat pun tgok muka twins sbb doktor kejarkan twins ke NICU sbb twins mummy ada masalah pernafasan..
tak lama tu abah bg mesej,abah cakap sabar banyak2,abah ckp mama menanggis sepanjang jalan balik ke kampung,abah cakap mama tak sampai hati tgok mummy tahan sakit..iyerlah budak mengada mcm mummy ni...mama tahulah perangai mummy kalau sakit mmg tak boleh tahan..

lepas2 maghrib tu tetiba jer mummy macam susah nak nafas,sbbnya masa operation berjalan,masa belum lagi tempat operation tu ditutup(dijahit) kaki mummy dah boleh gerak,senang cerita ubat bius dah habis..mmg mummy tanggung sakit yg amat masa tu,bayangkan ubat bius dah habis,padahal perut tak jahit lagi..Tuhan jer yg tahu..sbb tu lepas operation mummy nanggis tak benti..
doktor2 n nurse2 masa mummy sesak nafas tu semua dah kelam kabut..diaorg cek graf jantung mummy,entah alat apa yg diaorg pasang kat dada mummy pun mummy tak pasti,mmg banyaklah wayar berselirat atas dada....bagi bantuan pernafasan time tu...Dalam hati sebak sangat...dahlah jauh dr semua org...

Doktor cakap tak der masalah,degupan jantung laju disebabkan sakit operation n patient trauma...mmg mummy trauma pun,andai diberi rezeki anak lagi sekali,biarlah bersalin normal,mummy tak sanggup czer...Lepas doktor siap cek segala ,kesakitan tempat operation tu terasa sgt,2 jam sekali nurse cucuk morphine..malam tu mummy langsung tak boleh tido kenangkan twins mummy kat NICU..

Kenangan setahun lepas mmg mummy tak boleh lupa sampai bila2 pun...kalau org lain suka bersalin czer,tapi, mummy,serius mummy ckp biarlah normal..kalau czer sgt2 menyeksakan..

Kembar Genap Setahun

Salam Dears,

Alhamdulillah kembar mummy (Miqael & Daniel) dah pun cukup setahun hari ni..
Semoga kamu berdua jadi anak yang Soleh..

Alhamdulillah pagi tadi dah pun cucuk Setahun(MMR).. masa cucuk Miqael menanggis,Daniel tak nanggis pun..bajet macho lar kunun..hehe..
Hari ni timbang miqael & Daniel berat sama je 7.9kg...dah kat aliran warna kuning(berat badan tak mencukupi) padahal kamu berdua mmg kuat makan..mmg kamu berdua maintain comel jer kut hehe

Semoga cepat jalan n sentiasa sihat..

sayang sgt kamu berdua

mesej2 yg mummy dapat sempena besday kamu berdua;

Dari Nenek (Masriah binti Saring)

Selamat Ulangtahun buat cucu kembar ma miqael & daniel,
semoga sihat sentiasa,cepat jalan
tak menanggis selalu,semoga dipanjangkan umur
ma sayang kat semua anak2 along.

Dari cik amy (Norazima binti m Roshid)

Happy besday my heart c'amy miqael & Daniel..
Alhamdulillah cukup 1tahun dah dia..
semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki,
diberikan kesihatan yg berpanjangan..
mnjd anak yang soleh,cerdik akalnya,pintar pemikirannya,cerdas otaknya
serta menjadi anak yang cemerlang sentiasa amin..

Dari Cik Zira (Norazira binti M Roshid)

HEppy bifday ank mumy y 1tahun MIqael & DanieL semoge panjng umo,cepat-cepatjalan,,,gigi dh tumbuh bile nak jalan ? jdik anak yg soleh pde mumy ayh taw,,sian mumy bnyk berkorban tok twin Yg cHUmL uR ♥ nty dh besar jge mumy n ayah,,jgn lupe jase-jase mumy and ayh..balik lah cni cik ila mizz kt anak-ank mumy..kat mumy pon cik ila mizz cgt,,kat bibik,,kat ayh ila xrindu,,heheheh
cik ila na tyto pupye sayang kalian sumew :P ♥ ♥

Dari cik asz (Md Raziman bin m Roshid)

Salam, hari ni besday kembar kan?
Selamat hari jadi untuk kembar semoga jadi anak yg baik

Dari cik Boy (Mohd Razi bin M Roshid)

Dari Mak Usu N Pak usu (Siti Raidah Koming & khairi Abdul samad)

Dari Cik Yayang ( Siti Asmah binti Koming)

Akak, Selamat Hari jadi yer untuk si kembar,
semoga panjang umur n sihat2 selalu.

Ucapan Dari Facebook mummy

Wednesday, March 14, 2012

Tiada yang Mustahil:Janin 15 minggu hidup..Subhanallah

Salam dears,

Tiada yang Mustahil bagi Allah, bayangkan janin berusia 15minggu(lebih kurang 3 bulan dalam kandungan) masih hidup. Maha Suci Allah yang menjadikan sesuatu..Agungnya Ciptaan Tuhan..



Hanover, jerman – Gambar yang anda lihat diatas ini adalah gambar janin yang dilahirkan ketika umurnya baru sahaja 15 minggu. Hanya dengan sekecil dan semerah itu, dan mempunyai berat 10.5 ounce, janin yang diberi nama Kimberly Mueller. Apakah harapan ayah dan ibunya ketika itu?

Janin ini dibenarkan bersama ayah ibunya seketika selama beberapa saat sahaja sebelum dibawa pergi oleh pakar penyelamat yang bertungkus-lumus menyelamatkannya. Apa yang boleh dibisikkan oleh ayahnya hanyalah ‘Kimberly, you can do it baby”….

Harapan cuma 1:1000. Doktor pakar jantung yang merawatnya berkata, peluang untuk hidupnya sangat tipis. Namun begitu, bayi ini terus meredah liku-liku hidupnya dengan penuh tabah.



SubhanaAllah





Selepas 6bulan dipantau rapi, janin ini sudah boleh dipanggil bayi. Bayi ini dibenarkan pulang ke rumahnya.



Ya Allah...Hebatnya KuasaMu..


* masa kembar duk kat Inkubator,mummy tgok baby2 yg kat sekeliling,paling kecik mummy pernah nampak masa kat NICU tu 750grm.. sangatlah kecik,inikan pula janin...Memang Hebat sangat Kuasa Tuhan

Tersedak Susu: Cara beri bantuan kecemasan


KES kematian akibat menyusu ketika tidur bukan sesuatu yang baru. Hampir setiap bulan, kemalangan disebabkan tersedak susu atau tercekik makanan dilaporkan media yang kebanyakannya berlaku di pusat penjagaan kanak-kanak.

Ia sesuatu yang cukup malang apabila bayi yang baru saja mengenal dunia tidak dapat meneruskan kehidupan dek kelalaian ibu bapa atau penjaganya sendiri. Belum lagi dengan emosi si ibu dan bapa yang tidak dapat menerima hakikat kehilangan anak tersayang disebabkan kecuaian.

Menurut Pakar Kanak-Kanak, Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah, Bandar Baru Bangi, Dr Nik Rosenorleyaney Nik Ibrahim, kes kematian akibat menyusu ketika tidur atau sedar berpunca daripada bayi yang ditinggalkan menyusu bersendirian tanpa pengawasan.

Apabila seorang bayi tertidur semasa sedang menghisap botol susu, susu itu akan terus mengalir membuatkan bayi tersedak dan susu akan terus masuk ke saluran pernafasan dan paru-paru mereka.

“Dalam tubuh manusia, terdapat dua saluran iaitu pernafasan pada bahagian hadapan manakala saluran makanan pada bahagian belakang. Apabila bayi minum dalam keadaan tergesa-gesa atau mungkin lubang puting botol yang terlalu besar, susu akan terus mengalir tanpa henti ketika bayi tertidur.

“Sudah tentu bayi tidak mempunyai daya untuk menarik botol itu sendiri menyebabkan susu memasuki saluran pernafasan, seterusnya ke dalam paru-paru. Apabila ini berlaku, biasanya bayi akan tersedak atau batuk iaitu tindakan refleks yang menunjukkan bayi memerlukan pertolongan atau perlindungan.

“Namun, bagi bayi yang ditinggalkan berseorangan, sudah tentu tidak mendapat maklum balas menyebabkan bayi lemas kerana tidak dapat bernafas. Walaupun bayi tersedak susu dalam jumlah yang amat sedikit, ini sudah cukup untuk melemaskan mereka.

“Dalam masa beberapa saat saja jika tidak diberi bantuan kecemasan segera, bayi akan terus meninggal dunia,” jelasnya mengulas beberapa kejadian yang berlaku, baru-baru ini.

Tambahnya, sebagai penjaga sama ada pengasuh atau ibu bapa, amalan meletakkan kain atau bantal untuk menyokong botol susu kemudian mereka meninggalkan bayi minum sendirian tidak sepatutnya berlaku.

Ini kerana, ia boleh meningkatkan risiko bayi lemas. Sepatutnya, ibu bapa dan pengasuh menyusukan bayi mereka dengan cara yang betul.

“Ketika menyusu tidak kira susu botol atau susu badan, pastikan kedudukan kepala bayi lebih tinggi daripada dada dan perutnya. Botol susu pula mesti dipegang dalam kedudukan tidak lebih 45 hingga 60 darjah supaya air susu tidak tersekat pada tekak dan menyebabkan bayi lemas.

“Pastikan juga lubang puting botol tidak terlalu besar bagi mengelakkan angin masuk ke dalam perut bayi. Sekiranya menyusu badan, pastikan kawasan puting masuk sepenuhnya ke dalam mulut bayi.

“Elakkan memberi susu dengan meletakkan bayi di atas lantai, sebaiknya pangku bayi seperti mana teknik menyusu badan. Selepas menyusu, sendawakan bayi untuk mengeluarkan angin dan mengelak bayi muntah ketika tidur,” katanya.

Selain bayi, kanak-kanak berusia tiga tahun ke atas juga boleh mengalami sesak nafas disebabkan tercekik makanan seperti kacang atau gula-gula. Ini disebabkan mereka makan sambil bermain dan akhirnya makanan itu masuk ke dalam saluran pernafasan, seterusnya ke bahagian paru-paru.

Sama seperti kes tersedak susu, jika tidak diberi rawatan segera, mangsa akan terus meninggal dunia.

Menurut Dr Nik Rosenorleyaney, bagi mengelak bayi meninggal dunia akibat tersedak susu atau tercekik makanan, ibu bapa dan penjaga perlu mempunyai pengalaman melakukan rawatan kecemasan di rumah.

“Sekiranya bayi tersedak susu atau tercekik makanan, segera angkat bayi, kemudian tepuk belakang mereka beberapa kali dengan cara membiarkan muka ke bawah atau meniarapkan bayi di atas lutut kemudian tepuk belakang bayi sehingga makanan atau cecair keluar dari mulut bayi dan bayi menangis seperti biasa.

“Ini menandakan mereka sudah boleh bernafas. Bagi bayi yang tercekik makanan, sekiranya makanan yang ada dalam mulut kanak-kanak tidak keluar, korek sehingga mereka terbatuk atau memuntahkan makanan itu.

“Tindakan ini perlu dilakukan segera dalam satu minit pertama sebelum mangsa dibawa ke hospital. Dikhuatiri kelewatan melakukan bantuan kecemasan ini akan menyebabkan anda kehilangan orang yang tersayang,” katanya.

Selain tersedak susu dan tercekik makanan, kebanyakan kematian mengejut membabitkan bayi dan kanak-kanak berpunca daripada sindrom goyangan bayi, tidur meniarap dan kecederaan bilik mandi.

Ramai ibu bapa tidak tahu hayunan di dalam buaian boleh menyebabkan gegaran pada otak bayi. Ini kerana di dalam otak bayi masih mempunyai ruang di antara tengkorak dan otak. Gegaran yang kuat akan menyebabkan berlakunya pendarahan, seterusnya menyebabkan kematian.

“Kebanyakan ibu bekerja menggunakan buaian untuk memudahkan kerja. Namun ada yang menggoyang terlalu kuat mengikut irama suara anak, semakin kuat anak menangis, hayunan lebih kuat. Sebaiknya ajar anak tidak menggunakan buai atau membiarkan buai tidak bergerak.

“Ini termasuk sama ada buaian biasa atau elektrik yang turut memberi risiko sama,” katanya yang mengakui biasanya kes yang dirujuk di hospital menunjukkan bayi tidak mengalami demam atau sawan tetapi meninggal secara tiba-tiba.
Daripada imbasan dijalankan, didapati berlaku pendarahan otak yang sukar diselamatkan.

Tambahnya, ada juga kes bayi yang meninggal ketika tidur yang boleh dikategorikan sebagai sindrom kematian mengejut. Ini berlaku bagi bayi yang tidur meniarap.

“Menidurkan bayi secara meniarap boleh menyebabkan bayi lemas dan akhirnya meninggal dunia secara tiba-tiba. Ini berlaku bagi bayi yang masih belum berupaya mengangkat dan memusingkan kepala sendiri. Biarkan bayi tidur terlentang bagi mengelak lemas.

“Pastikan alas digunakan lembut dan tidak tenggelam. Elakkan penggunaan selimut kerana turut memberi risiko sekiranya kain itu menutupi muka bayi,” katanya.

Perkara yang jarang diambil perhatian ialah keselamatan di bilik mandi. Sekiranya anak sudah pandai merangkak dan berjalan, sentiasa pastikan pintu bilik air tertutup dan tiada baldi atau besen berisi air.

Walaupun air di dalamnya hanya berisi enam inci, ia sudah cukup melemaskan bayi sekiranya muka bayi termasuk di dalamnya dan seterusnya menyekat saluran pernafasan.

Ibu bapa bekerja yang menghantar anak ke pusat penjagaan kanak-kanak harus memastikan pusat penjagaan itu mempunyai sijil yang sah juga pengasuh berpengalaman yang mempunyai pengetahuan mengenai bantuan kecemasan.

Di samping itu, tinjau kawasan sekitar seperti tandas, dapur, tempat tidur dan tempat bermain yang selamat untuk anak mereka.

Panduan keselamatan ketika di pusat penjagaan kanak-kanak:
> Pastikan pusat penjagaan kanak-kanak tidak menggunakan buai.
> Setiap bayi tidur di dalam katil masing-masing dan diasingkan mengikut usia bagi mengelak bayi terlanggar atau terpijak.
> Menggunakan peralatan tidur yang selamat misalnya tilam yang tegang dan rata supaya bayi senang bergerak.
> Mempunyai peralatan untuk mensterilkan susu sama ada untuk susu formula atau ibu bagi mengelak keracunan makanan.
> Orang yang menyediakan susu adalah orang yang sama. Ini bagi mengelak tertukar susu terutama bagi bayi yang alah dengan susu lembu.
> Pemberian susu botol harus diberikan secara orang perseorangan mengikut posisi menyusu badan. Elakkan memberi susu ketika bayi berbaring.
> Tempat menguruskan bayi harus diasingkan daripada dapur atau memasak makanan di tempat lain kemudian dibawa ke pusat penjagaan kanak-kanak. Ini bagi memastikan kebersihan serta mengelak kanak-kanak bermain dengan peralatan berbahaya di dapur.
> Elakkan penggunaan cerek, sebaiknya gunakan termos yang boleh dikunci.
> Pastikan mainan yang tidak berbucu atau bersegi yang boleh menyebabkan kanak-kanak menggunakannya untuk mengetuk kepala kanak-kanak lain.
> Hanya menggunakan barang permainan yang tidak mempunyai pewarna berbahaya.
> Anak patung haruslah yang mudah dibasuh serta tidak menyebabkan alahan terutama penyakit asma.



Sumber

Tuesday, March 13, 2012

Taska Bersamamu

Salam Uols... ^-*

Sejak abg aizz n abg joe ada kat sini dgn mummy, meriah rumah... Mana taknya 4 hero dalam satu rumah dah macam taska pun ada....

Bila si abg,abg senyap..si adik,adik terjerit2,time giliran adik,adik senyap, abg, abg plak terpekik sana terpekik sini..yang lagi haru biru..bila 4 hero mula lawan saper lagi power..pengsan mummy nak dengar..hehe..

Ayah cakap,sejak semua ada ni..rumah kita jadi 'Taska Bersamamu' mummy pun tak tahu apa sbb ayah cakap macam tu...memang meriah sangat2 sekarang ni,tapi, dalam sibuk meriah tu kadang2 hilang sabar juga jadinya hehe(mana leh sabar weh,anak2 mummy sgt2 aktif..huhu lagi2 si kembar bergaduh jer rebut barang siap tarik2 rambut lagi)hari ahad lepas lagi best 4 kali Miqael jatuh kat kepala,dahlah doktor pesan jgn bagi jatuh dalam sebulan ni...Tapi, sudah banyak kali woo jatuh..suka sgt main kejar2 dgn adik kembarnya daniel..

Ni lah Taska Bersamamu....... ^_^


Monday, March 12, 2012

Lirik Lagu Terukir Di Bintang – Yuna


Lirik Lagu Terukir Di Bintang – Yuna


Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku coba
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia

Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan… kamu…

Sayangku
Jangan kau persoalkan siapa dihatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu


# banyak2 lagu Yuna..lagu ni yg mummy ada minat lahhh

Friday, March 9, 2012

Alhamdulillah dah Jumaat


Assalamualaikum n salam sejahtera...

Dah hari jumaat pun hari ni...Hari yang cukup indah,tenang n buat semua insan gembira..

Mummy nak cerita sedikit tentang hebatnya dan kelebihan-kelebihan hari Jumaat. semoga memperoleh manfaat,

Jadi 6 kelebihan Jumaat akan mummy senaraikan. Semoga Jumaat kali ini menjadikan kita lebih berjaya, lebih cemerlang!

1. Berlakunya hari kiamat.

Ya, Jumaat merupakan hari yang selalu dikaitkan dengan berlakunya hari kiamat. Dalam suatu hadis riwayat Muslim, Nabi SAW ada menyebut bahawa, “Pada hari Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”

2. Nabi Adam diciptakan dan dia juga disingkirkan dari syurga.

Hari Jumaat memang istimewa. Hari ini nabi Adam diciptakan, dan hari ini jugalah beliau diturunkan daripada syurga.

Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.”

3. Penghulu segala hari.

Saya suka sebut Jumaat ni special. Kenapa ya? Jumaat ini adalah hari yang sangat-sangat istimewa kerana agama kita sendiri yang meletakkan Jumaat itu ketua dan lebih sedikit ganjarannya berbanding hari-hari yang lain.

Dalam suatu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”

4. Selamat dari fitnah kubur bagi yang mati pada hari Jumaat.

Menurut Nabi SAW, “Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah daripada fitnah kubur.”

Jadi, sama-samalah kita berdoa moga-moga Allah memilih kita di kalangan manusia-manusia yang diberikan kelebihan oleh Allah ini.

5. Kebaikan dengan memotong kuku.

Peliharalah kebersihan anda. Kalau boleh, Jumaat ni bagi lebih-lebih lagi. Mana yang dah lama tak potong rambut, maka potonglah. Kasi kemas. Kalau kuku dah rasa mula nak panjang, hah potonglah.

Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”

6. Makbulnya doa di antara dua khutbah.

Yang ini pun kita dah selalu dengar. Daripada zaman sekolah lagi mungkin ramai yang telah diberitahu akan perkara ini. Baca doa ketika imam sedang duduk antara dua khutbah selalunya makbul doanya tu. Ya, kan?

Banyak ulamak yang berpendapat bahawa makbulnya doa yang dibaca di antara dua khutbah, iaitu ketika imam sedang duduk antara khutbah pertama dan khutbah kedua.

Ini berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah yang bermaksud, “Pada hari Jumaat ada satu saat yang bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang sembahyang, di mana tatkala ia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan.” Dan rasulullah menunjukkan isyarat tangannya yang membawa maksud sedikit sahaja waktu itu.

Abi burdah bin Abi al-Amusa al-Asy’ari r.a berkata bahawa beliau pernah mendengar bahawa Abdullah bin Umar r.a pernah mendengar bahawa Rasulullah pernah menjelaskan bahawa waktu yang paling mustajab itu adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai didirikan..

Beramallah di hari yang penuh barakah ni..

Thursday, March 8, 2012

SBPA Dibatalkan, SSM Ditambah baik

Pengumuman SbPA baru jer selesai kat PICC..
mummy just tgok dari TV1 jer tadi...
Diantara yang diumumkan..

1. SBPA Dibatalkan, SSM Ditambah baik

2. Gred 1 -54 naik 13 %


3. Jusa c,b,a naik 9%

4. Turus 2-3 naik 8 %

5. Turus 1 - 7%

6. gaji tahunan naik rm 80-324 untuk 1-54

7. cola kawasan b naik drp 200 kpd 250

8. cola kawasan c naik drp 100 kpd 150

ni jerlah di antara yang mummy dengar..
kan bagus naik samarata,taklah gaduh2...


tapi, mana yg gaji dah besar tu untunglah naik 13% dah jadi banyak,kalau setakat mummy org2 bawah ni dapat naik 13% berapa jerlah..apa pun Alhamdulillah

Wednesday, March 7, 2012

HATI SEORANG AYAH


APA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG SEORANG AYAH

Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?

Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian.





Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum ais!".Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??

Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.



Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya...Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau..

Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar..
Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga..


Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya..ayah pun tersenyum bahagia..

Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?

Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg untuk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita..






nota mummy: selalu kalau mummy balik kampung,time abah balik keje mesti abah tanya mama
"dah tepon asz kat mana,tak balik lagi ni dah pukul 7pm.."
"tak tepon boboy,dah makan belum dia,keje tak dia kat singapore tu",
"zira mana ni..."
" amy keluar dgn sape tadi abah cam nampak kereta kat Tongkang.."

itulah abah sedari mummy kecil2 lagi,bila salah sorang adik beradik mummy tak ada,mmg abah org pertama yang risau...Kalau nak keluar pergi pekan ni,selagi adik beradik mummy tak cukup,memang abah tak akan keluar...



sayang abah sangat2...terima kasih sbb jaga kami adik beradik dgn baik,walaupun abah tak tunjuk kasih sayang abah tu depan kitaorg,tapi, hakikatnya abah sayang kat kitaorg..kalau nak tahu sampai hari ni..tiap2 hari abah akan telefon mummy tanya 'kerja ke tak,dah makan,budak2 macamana' kalau tak tepon,mesti abah sms..




sumber: blog kembarmalaysia

Angin dgn Iklan "CINTA KURA KURA"

mummy bukan nak ban cerita filem baru "Cinta Kura Kura" ... tapi mummy sikit angin dgn iklan cerita ni dekat TV3...

Iklan filem ni ada sebut awal2 iklan tu dengan perkatan 'SETAN' pastu kura-kura tu boleh cakap balik 'siapa setan or apa setan setan'... yg buat mummy angin tu abg aiz dengan abg joe kalau dengar terus je ikut apa dia cakap,' setan, setan'..tahu tak iklan tu memburukkan pemikiran kanak2..maaflah kalau ada yg sentap..tapi mummy lagi sentap bila perkataan setan tu keluar dr mulut abg aiz n abg joe..

masa ni lah perkataan tu keluar time iklan

bukan nak cakap apalah,dalam cerita kartun boboboy pun ada cakap perkataan 'bodoh',pengaruh dr cerita,skrg ni abg aiz pandai cakap bodoh ..bila mummy marah dia cakap' oboboi akap Odoh' wuh tensen je rasa..

nak jer rasa time abg2 ada kat rumah mummy tak nak buka TV,karang tak buka TV org cakap ko ni kolotlah,Urban sikitlah... nilah nk urban sgt,sampai perkataan yg tak patut cakap,dah pandai cakap,org keliling mesti fikir, mak ayah dia selalu ckplah ni sbb tu anak petah bercakap bukan2..org tak tahu pengaruh media masa yg kadang2 tak fikir bermacam peringkat umur yg tgok..

p/s: sebelum buat sesuatu fikirlah keadaan sekeliling jgn main hentam keromo jer..

Tuesday, March 6, 2012

3 Hero tercinta Balik kampung

Salam pagi semua...

pagi ni 3 hero kesayangan mummy balik kampung(ayah,abg aizz n abg joe) ayah cakap nak balik kampung ada kerja sikit nak buat,tak tahulah sikit yg ayah cakap tu macamana..ayah cakap 3 4 hari juga...


Tadi, ayah bgth keluar jer Tol pagoh aircond kereta rosak...huhu dah 2 kali rosak dah dalam tempoh 2 bulan ni,tukar jerlah kereta lain..kereta tu pun dah lama sangat,anak kita pun dah ramai,kalau duk dalam kereta tu dah cam duk dalam tin sardin huhu(jgn maree)

time entri ni dilakar ayah n 2 hero tercinta dah sampai pun kampung..terima kasih Tuhan pelihara perjalanan insan2 tersayang.

Monday, March 5, 2012

Pengumuman SBPA Dipercepatkan 8 MAC

Perhimpunan penjawat awam bersama YAB Perdana Menteri Malaysia akan diadakan pada:

Tarikh : 8 Mac 2012

Masa : 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari

Tempat : Dewan Perdana, Dewan A dan Dewan B Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)


Semua penjawat awam di seluruh Malaysia dijemput hari bagi mendengar satu pengumuman penting yang akan disampaikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Najib bin Tun Abdul Razak

sumber : media cuepacs


kartun sumber : pakcik gugel

p/s: asyik bertukar2 tarikh jer mana yg betul ni???

Friday, March 2, 2012

Nak cuba MAB

Salam semua...

Selepas baca entry Hmm macam tu jugak seorang kwn baik mummy dr Forum.Cari ada syorkan mami perancang keluarga secara tradisional, kwn mummy ni sejak dia guna badan dia jadi ringan n sihat, so, dia syorkan mummy guna..

Mummy dah google pasal MAB ni,dr testimoni customer MAB semua bg jawapan yg positif..mummy mmg dari dulu lagi nak cari kaedah merancang keluarga secara tradisional..mummy ingat nak cubalah..

mummy tgh cari sub dealer kawasan Putrajaya ni,senang sikit nak berurusankan...

Kalau guna MAB ni,
kata org tu sambil merancang sambil jaga kesihatankan..
buat kwn mummy tu,t.kasih yer share pengalaman guna MAB..

ni blog MAB MaajunAnggunBestari


sumber blog MAB

boleh tgok kat blog MAB nak tahu lebih lanjut...

Hmmm macam tu jugak..

baru balik dari klinik untuk FP, padahal untuk temujanji FP jer,lamanya bkn main.. 1jam lebih jugaklah menunggu baru dapat jumpa ngan mak misi..

sbelum mak misi tanya, mak misi suh mummy timbang berat badan dulu..bila timbang Allahu Akbar,berat macam tu jugak... turun tak naik pun tak...harap sangat berat turun tapi,hmmm... org cakap kalau banyak fikir boleh berat badan turun, mungkin diaorg yg banyak pk ni brat badan turun sbb selera makan tak ada jugak kut..

mummy ni walaupun banyak masalah ke,penat ke,makan tetap makan huhu..tu yg berat badan ni tak mahu turun... sabo jerlah..

Hari ni untuk FP mummy tukar lain plak..kalau sebelum ni injection,hr ni mummy minta tukar pil..mummy ambil Noriday sbb masih susu badan lagi.. bkn tak nak ambil injection,bila start mummy ambil 3 bulan lepas perut ni makin maju ke depan huhu..pastu angin nak marah ni menjadi2 hehe..so, tukarlah pil..jgn terlupa makan sudah..karang si kembar ada adik lagi hahaha...


sumber pakcik gugel

Thursday, March 1, 2012

Mummy sakit

Allahu Akbar.... dah 2 3 hari ni, mummy sakit sgt kat kepala..migrain mummy datang balik agaknya..

Akhir2 ni macam2 masalah mummy tanggung,pelbagai stres hingga satu saat mmg tak boleh fikir dgn cara yg waras.kenapa yer..

pagi tadi nak pergi kerja pn berat jer hati ni,bkn apa bila bangun tido berdenyut2 kepala ni mcm kena hempap dgn batu besar..masalahnya bkn batu besar yg hempap..entahlah di telan mati mak ,diluah mati anak..ni pun tengah menahan sakit kepala yg teramat..

kenapa ye org tak faham,dah kata tak boleh tu tak bolehlah,janganlah diasak setiap hari dgn soalan yg akan menemui jawapan" tidak boleh"...tolonglah faham kat diri ni,yg makin hari makin binggung dgn keadaan keliling... stress tau
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NuffnangX