Google Website Translator Gadget

Tuesday, January 31, 2012

Abang pergi Hospital

hari ahad lepas 29/1/12...dalam pukul 10.pm lebih abang bagitahu mumy yang abang sakit perut nak mwmbuang air besar...menanggis sampai pukul 11 lebih tak juga kuar najis abang...

mungkin abg penat ..terus tertido..tapi, tak sampai 15minit tido ..abang bangun lagi...sambung balik nanggis abang, mummy dah pening kepala..nak buat macam mana ni,nanggis abang tak mahu berhenti,tapi,najis tak juga keluar..ayah dah mula pening,mummy apatah lagi,risau ,kesian n entah apa2 lagi...

mummy bagitahu ayah,takperlah mummy jolok jer pakai jari..ayah cakap biar betul mummy,mummy cakap dah tu jer jalannya...ayah cakap cari dulu ubat cucuk bontot,mummy puas cari tak ada...so, mummy cakap dengan ayah..takper yah mummy sanggup buat apa saja,abang dah nangis ni tak berhenti-henti,muka pun dah pucat menahan sakit sembelit..mummy ambil minyak makan,lumur kat jari kelinking...dgn lafaz Bismillah..mummy jolok kat lubang bontot abang,mummy rasa najis abang masih jauh lagi(hehehe dah macam nak rasa kepala budak)...

abang hanya kentut lepas tu,abang terus jer meneran n nanggis,akhir keputusan,mummy cakap ayah,kita bawa pergi hospital,sampi hospital,doktor bagi ubat cucuk bontot,terus dalam 3 minit,keluarlah 3 ketul emas besar2..hmmmmmmmmmm abang2

Friday, January 27, 2012

Berlari Pas tu Jatuh

baru kejap ni ayah bagi gambar abang jatuh...abang..abang kamu tu dari kecil lagi jarang jatuh,tapi, bila dah jatuh merenggek jerlah...sudah sudahlah tu,jangan nanggis lagi..


Luka kat siku


Luka kat Lutut


kejap lagi mummy balik,karang pas siap-siap kemas baju kita balik kampung yer..minggu depan meriahlah sbb cuti kat kampung seminggu,tapi, mummy tak meriah sbb awal-awal tahun dah banyak cuti,macamnalah nak dapat APC,kerja bertahun tapi ada jer perkara-perkara yang membataskan untuk mummy tercalon utk APC..nak buat macamanakan tapi semua bersebab..

karang balik kampung mesti nenek kamu membebel kat mummy,asal bawa balik putrajaya jer mesti ada luka-luka..hari tu abg Joe..hari ni abang plak..hmmm

Daniel dah tumbuh Gigi

dua tiga hari ni Daniel asyik menanggis + demam,lagi-lagi kalau malam,cukup-cukup menduga kesabaran mummy..makan tak nak ,menyusu botol pun kurang.
time mummy balik kerja barulah kamu nak menyusu badan dgn mummy,tapi, yg buat geram tu,daniel gigit puting n tarik...wui sakit dia toksah cakaplah siap luka-luka lagi...

bila mummy cuba tarik n tak bagi kamu menyusu,kamu menanggis terjerit2..dahlah suara kamu nyaring,tak nak jiran sebelah fikir yang bukan2 mummy letak semula mulut kamu,sambil mummy menahan sakit..Sabo jerlah..

Tadi ayah call mummy,ayah cakap tahu tak sbb apa daniel menanggis = demam tak kebah-kebah ada satu gigi tumbuh kat gusi bawah...hmmm patutlah kamu gigit mummy punya puting rupanya gusi gatal nak tumbuh gigi...malam tadi hampir satu malam kamu tak nak tido,mummy jadi burung hantu malam tadi layankan kerenah kamu,menanggis saja..

Akhirnya pagi ni mummy sampai opis lewat 12minit huhuhu...
Daniel dah tumbuh gigi ni kena banyak bersabarlah mummy time kamu susu badan nanti...^_*

Thursday, January 26, 2012

Miqael dah reti Duduk

Miqael lagi..... huhu..

minggu lepas mummy tengok daniel dah pandai nak cuba2 duduk,tapi, sampai hari ni masih lagi tak lepas2 nak duduk sendiri..kesian daniel dah seminggu berusaha nak duduk tapi, tak boleh..

tapikan, nak citer kat sini,memang dari minggu lepas lagi daniel yang berusaha nak duduk sendiri..tapi, tanpa diduga si miqael plak yg dah pandai duduk sendiri 3 hari ni..hehe Miqael ... Miqael...mmg kamu macam tu lah..adik yg berusaha abang yg pandai dulu..nak buat macamana Miqaelkan abg...^_^

saja nak syer gambar Miqael dan Daniel....

Miqael


gambar dalam walker tu time bergurau dengan ayah(gelak sakan)



Daniel (takut2 nak duduk)


gambar dalam walker tu time bergurau dengan ayah(gelak sakan)

Wednesday, January 25, 2012

Adik mummy bertunang

Balik kampung CNY baru ni,mmg ada penat + letih sbb tolong family untuk majlis pertunangan adik mummy 23hb CNy baru ni..

nasib baik majlis buat malam kalau buat petang bermandikan hujanlah tetamu yang datang sbb petang tu hujan turun dengan lebat sekali..nak citer pasal hujan ni...petang tu semua sibuk rewang(tolong menolong) masak..habis basah dek hujan...memanglah dirikan khemah tapi disebabkan hujan yang lebat habis tempias dalam khemah,petang tu yang masak untuk lauk pauk majlis kenduri,ayah, cik man, atok sal, wak pet, wak cah, cik ana,wak noi n mama(sian mama dari pagi tak jamah sebiji nasi pun,habis majlis baru makan,nasib baik tak pengsan), tukang masak nasi wak pandi..tukang susun meja n kerusi abah n ayah(masa ni ayah mmg penat sbb sambil masak + susun kerusi meja dalam hujan..habis basah kuyup) .

adik2 sepupu yg tinggal kat KL + bandar, masa ni lah peluang main hujan,dah macam ada pesta air...berlari sana sini..mmg meriah,lantak koranglah kalau demam mak bapak korang tanggung ubat klinik huhuhu.... masa ayah sibuk masak tu,nasib baik ayah tak jadi apa2,mana taknya dalam basah2 boleh ayah alihkan lampu kalimantang yang menyala tu..tup tup penyambung wayar putus,ayah terkena renjatan elektrik,nasib baik cik man tolak,kalau tak..tak tahu mummy nak cakap...

majlis berlangsung pukul 9pm,ramai tetamu yang datang,adik beradik mama n abah jer sebenarnya bukan ada org lain pun,tapi, dah namanya family besar,penuh jugaklar rumah mama dgn tetamu,ditambah pulak dengan belah pihak bakal tunang adik..memang gamat rumah mama...tepat 11:00pm Alhamdulillah majlis tamat dengan selamat...

bila semua tetamu dah balik,ada plak citer misteri huhu..adik lelaki mummy yang nombor dua(cik boy),macam ni ceritanya

adik lelaki mummy ni kerja kat singapore,balik2 dari kerja petang tu,terus balik batu pahat sbb mama mummy suruh dia balik juga untuk majlis adik perempuan mummy ni...nak dijadikan cerita masa lalu h'way PLUS kat exit Ayer Hitam, adik mummy nampak ada perempuan pakai baju putih kat tepi jalan dengan rambut mengurai..adik mummy buat tak paham jer,memandangkan dah pukul 8pm,majlis adik perempuan mummy pukul 9pm,jadi dia buat tak tahu dan teruskan perjalanan..

dalam dia tengah dengar radio lagu Salem gitu..dengan tingkap terbuka,saja dia buka tingkap sbb nak rasa angin luar,kalau dia layan aircond gerenti tertido sbb penat balik kerja terus balik kampung,tiba-tiba....................................

dia rasa macam ada org duduk sebelah seat penumpang,dari lerik mata dia,dia nampak baju putih...bila dia toleh.."benda" tu dah ada duduk kat seat sebelah...dengan selamba adik mummy bagi salam,tapi "benda" tu diam jer...adik mummy buat tak paham,dalam kepala otak adik mummy masa ni,yang dia fikir nak sampai kampung sebelum majlis pertunangan adik perempuan bermula...adik mummy tengok "benda" tu tak nampak muka,sbb muka dia paling ke luar tingkap..

sampai jer kat exit Yong Peng Selatan "benda" tu hilang... adik mummy cakap mungkin "benda" tu nak tumpang..biarlah "benda" tu pun tak kacau dia....sampai jer kampung adik mummy citer kat semua org....macam2 plak diaorg tanya adik mummy...ada yg tanya,asal ko tak cucuk paku,boleh buat bini,senang hidup wooo..ada plak yg tanya ko tak minta nombor hp ke? ada plak yg tanya cantik tak...? hei macam2 hal plak...

Apa pun Alhamdulillah adik mummy selamat,kalaulah adik mummy tak kuat semangat mahu terbabas kereta..

* buat adik perempuan mummy Norazima & pasangan Rashid Selamat bertunang,semoga jodoh berpanjangan..Amin

Thursday, January 19, 2012

MOOD BALIK kAMPUNG



minggu ni nak pergi kerja malas,nak buat apa kat umah pun malas,sbbnya hati ni dah teringat nak balik kampung jer....nak sambut tahun baru cina..huhu cina raya..mummy pun nak raya jugak..kalau duk kampung ni otak tengah stress automatik leh jadi tenang kena plak angin sepoi2 bahasa...wui bestnyer...

petang ni balik jer dari kerja ps maghrib bertolaklah balik kampung...mama abah n adik2 tunggu kepulangan akak huhu....
lama jugak tak balik kampung ni...
InsyaAllah 23hb ni kat rumah mama ada bua majlis kenduri..untuk sapa??

nanti mummy naik kerja baru tahu saper ^_*

Wednesday, January 18, 2012

Bunyi Apa TU!!

malam tadi lebih kurang pukul 3pagi nak ke 4pagi.. hujan dengan angin yang sangat2 kuat...masa ni Miqael dengan Daniel bangun sbb nak menyusu...mummy dengar bunyi guruh menakutkan sbb kuat....

tapi, dalam pada bunyi guruh yang kuat tu..ada satu bunyi ni,masa ni hujan dah nak reda,ada satu bunyi yang agak menakutkan macam benda meng AUMMM.... bunyinya kuat n panjang sang + macam satu benda besar jatuh lebih kurang dekat Petronas Presint 18 bunyinya benda tu jatuh...mmg sangat2 menakutkan..

Tapi, mummy fikir +ve mungkin angin lalu celah banggunan kut...pagi tu bangun tidur,belum sempat tanya kat bibik,dia dah tanya mummy dulu "malam tadi bunyi apa, menakutkan bunyinya,saya pk macam nak gempa bumi saja" secara automatik mummy jadi takut balik....

sampai opis tanya kat kawan yang duk kat situ, dia cakap tak ada dengar,tapi tanya kawan yang duk Presint 9 dia cakap mmg dia pun dengar...jadinya.... BUNYI APA TU??

gambar drpd pakcik gugel

Tuesday, January 17, 2012

KENAPA asyik Miqael

Tadi masa sembang dengan kawan, ada kawan ni tanya..kembar ko yg sorang tu aktif ke, asyik-asyik Miqael asyik-asyik Miqael....

Ni mummy nak cerita sikit,bukan sbb yang sorang tu aktif tapi, dua2 sama aktif, bukan mummy tak nak cerita pasal Daniel, tapi setakat ni daniel masih lagi terkawal tapi, malam tadi terjatuh juga dari walker..hmmm...

kenapa banyak kisah pasal Miqael.
Miqael biar mummy cerita dari awal hehehe...
Miqael lahir 15/3/2011 secara CZEr, berat 1.57kg dan terus dikejarkan ke NICU sbb ada masalah pernafasan dan jangkitan kuman kat otak sbb air ketuban bocor, terpaksa diberi antibiotik..selepas keluar dari NICU selama 28hari kat sana..sebulan lepas tu doktor sahkan Miqael ada masalah dalam pertumbuhan otak dia(mummy sangat2 sedih time ni)

Disebabkan semua tu Miqael ni agak lambat sikit daripada daniel dalam semua hal,tapi, satu yg mummy perasan pasal Miqael dia tak boleh Daniel lebih dari dia,maybe sbb miqael abg Daniel adik kut..

1stly yg mummy perasan masa nak keluar dari NICU,doktor cakap berat lebih dari 1.75kg (HPSF) boleh balik,kalau hospital batu pahat berat 1.8kg baru dibenarkan balik.. Pagi tu 11/4/2011 doctor HPSF telefon" u boleh tak duduk dalam wad NICU tuk breastfeed ur baby sbb skrg dia dah keluar dr inkubator,if berat dia 1.75kg u dah boleh bawa balik,now berat dia 1.65kg".. masa tu Tuhan jer tahu gembira hati mummy,dalam tengahari HBP plak tepon " anak u ptg ni akan turun wad baby,harap sangat u dapat datang jaga baby dekat wad".. masa ni mmg mummy delima sangat2 mana nak jaga Miqael kat HPSF, mana nak jaga Daniel kat HBP..

Dengan kuasa Tuhan dan Keizinan Tuhan dalam pukul 3:00pm doktor HPSF telefon " Puan tak payah risau,anak puan berat dah 1.78kg,so, puan boleh bawa balik atau puan bawa pergi HBP untuk bersama dengan 2nd twin"...

ni lar 1st yg mummy perasan pasal Miqael, bila dia tahu adik dia dah ok..secara automatik berat dia naik..bayangkan pagi doktor call berat dia 1.65kg..petang boleh jadi 1.78kg..

Sebab apa Asyik Miqael.. satu lagi si Miqael ni..dia mmg tak boleh tgok Daniel tu pandai ini itu..memang secara automatik dia akan pandai sama..tapi, cara pandai miqael dia "paksa".. macam bab mengesot..Daniel 1st dia pandai pusing kanan kiri dalam seminggu,pastu dia mengundur dekat sebulan baru pandai mengesot ke depan..(masa Daniel pandai semua ni Miqael pusing pun tak reti lagi) bila Daniel dah pandai mengesot ke depan, esoknya Miqael terus pandai pusing dan terus mengesot..tengok dia paksa diri dia kan.. padahal Daniel mulakan dgn pusing,mengundur tapi, tak bagi Miqael..sbb tu dia selalu jatuh bila skrg ni pandai merangkak sbb maybe tangan tak kuat lagi,krn Daniel dah pandai dia paksa diri dia..

Bab panjat sofa..Daniel baru pandai diri kat sofa,tapi, Miqael lebih advance sbb terus pandai panjat dan akhirnya berdentum jatuh...sbb tu banyak cerita pasal Miqael..
Apa pun terima kasih Tuhan kerana diberikan kepadaku anak2 yang aktif dan cerdik..
walaupun pada mulanya doktor cakap perkembangan Miqael lambat,tapi, Alhamdulillah setakat ni Miqael sentiasa berusaha untuk jadi lebih dari Daniel.. kan Miqael ABANG.. ^_*

Kasut BARU Ayah

Ayah cakap baru ni kasut ayah dah tak best pakai..hmmm hakikat bukan tak best tapi, ayah malas nak basuh kut..Memang macam tulah perangai suami mummy ni kalau malas basuh jer mesti beli kasut baru...mummy juga yang tak bertukar kasut..kasut itu jugaklar...

ayah cakap nak pergi BP Mall semalam cari kasut..pas dah beli tu ayah tanya ok tak? hantar gambar kasut tu kat mummy,dah beli baru tanya ok tak..apalah ayah ni..ok or tak lau dah beli kira oklah sayang oii...


Monday, January 16, 2012

Share INFO (tentang pukul anak)

Bila mummy letak berkenaan dengan tajuk entri "Maafkan mummy Miqael" kat facebook mummy ramai yg bagi +ve comment..terima kasih kawan2 yg selalu beri tunjuk ajar dan nasihat..disini mummy nak bagi info berkenaan dengan pukul anak ni..

mummy copy dari comment kat FB mummy dari seorang kawan ( Siti Suzawati Sulaiman)


1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak"



* harapan agar semua ibu bapa tak terkecuali mummy juga boleh baca info ni..t.kasih kawan krn memberi peringatan

Maafkan mummy Miqael


Maaf... sayang mummy Izz Muhammad Miqael ...Sebelum mummy mulakan entri ni biarlah perkataan maaf tu jadi perkataan pertama...

mummy tensen sangat malam tadi,dahlah cuti sabtu ahad mami tak boleh nak rehat..mummy minta maaf sangat-sangat kat miqael...mummy menyesal sangat-sangat apa yang mummy buat kat kamu malam tadi...

'Ya Allah ampunkan diri hambaMu ini kerana gagal jadi ibu yang terbaik..berilah diriku ini ketabahan dan kesabaran hati serta jauhkanlah gangguan syaitan dalam pada diriku mendidik dan memelihara anak2 ku..berikan diriku ini kekuatan andai aku lemah..berikan aku peringatan andai aku alpa'..

malam tadi siap mummy masak,pas siap makan..mummy tgok miqael macam nak tido..mummy susukan mmg mata dah terpejam dalam dakapan mummy,bila mummy letak kat tilam je terus mata terbuka semula...mummy menyusukan cara mengiring plak...tido semula tapi bila dengar suara daniel n abg joe ketawa terus tanggalkn puting..hmmmm...aduhai korang naperlah taknak tido,mummy penat sayang...miqael bangun n main ngan abg joe n daniel..

bibik pas2 makan terus masuk bilik tido,tiap2 hari macam tu..tensen weh budak2 tak tido lagi tapi, dia dah tido,baik mummy hantar anak2 mummy kat rumah pengasuh or taska je..malam mmg mummy yg jaga juga.ini ada bibik tapi dari memasak sampai nak tidokan anak2 mummy yang buat...tu lah satu perangai mummy,mummy tak reti nak mengarah,sbb tu bibik naik lemak agaknya..

berbalik pada cerita miqael,pas tiga beradik ni main,agaknya mata dah mengantuk,sorang2 buat perangai,abg Joe nak duk riba mummy,daniel plak nak breastfeed,bila nampak daniel breast feed miqael pun kejar juga..abg joe plak tak nak mengalah tak nak turun dari riba,belah kanan ada daniel,belah kiri ada abg joe,last2 miqael berebut dgn daniel..mummy naik pening..tiga2 mummy turunkan mummy buat susu untuk tiga2...siap buat susu tiga2 baring,ni satu lagi perkara yg mummy geram si kembar tak nak pegang botol,aduhai dah 10 bulan sayang oii masih tak nak pegang botol susu..

kiri kanan tangan mummy suakan botol kat mulut miqael n daniel..tapi tak sampai separuh miqael dah tolak..ni satu lagi perangai miqael kalau susu formula mmg susah nak habis,2oz pun tak habis,miqael lebih suka ngempeng susu mummy..miqael dah bangun g main lagi,daniel mata dah terpejam nak tido,susu pun dah nak habis 5oz..tengah mummy ralit bagi daniel susu,miqael dah panjat rak TV..tak lama tu,berdentum dahi miqael terkena bucu rak tu..

mummy dahlah penat,suh tido tak mahu tido,dengan hati yg tertiba terasuk dek syaitan ni,mummy ambil miqael yg menanggis kesakitan mummy terus jer tampar muka miqael banyak2 kali sampai merah..Allahu Akbar..apa mummy dah buat ni..budak tu baru 10 bulan ok,kalau iyer pun marahkan org lain jgn budak jadi mangsa... mummy jadi hilang pertimbangan masa tu..tiba-tiba mummy rasa ada yg jerit kat telinga mummy suruh berhenti daripd tampar miqael..mummy tersedar mummy cium pipi miqael,mummy minta maaf banyak kali,terus mummy susukan,dalam sedu-sedu miqael terus tertido..bibik keluar dgn muka ala2 macam terkejut,tgok2 pastu masuk bilik dia balik...alahai pening mummy..

mummy bawa daniel kat buai,mummy buai dan terus tertido,(daniel tadi dah tido masa mummy marah miqael dia terbangun semula)dah si kembar tido,mummy peluk abg joe plak,mummy tidokan abg joe tepuk2 dah tido tiga2..baru mummy tarik nafas panjang...macam biasa mummy tgok muka sorang2,bila tgok muka miqael,airmata terus jer laju keluar..apalah dosa miqael sampai mummy boleh tampar muka dia tadi..mummy dekatkan muka mummy kat miqael,mummy selawatkan kat ubun2 miqael mummy kucup dahi n pipi,mummy bisik kat telinga yg comel tu dengan perkataan 'maaf sayang'..

* bila kita marahkan seseorg atau tensen dengan keadaan sekeliling janganlah jadikan anak2 tempat kita lepaskan geram,anak2 tu anugerah dan amanah dari Tuhan jagalah dan ajarlah mereka sebaik mungkin.

Friday, January 13, 2012

JODOH ITU RAHSIA ALLAH S.W.T.

Sekuat mana kita setia.
Sehebat mana kita merancang.
Selama mana kita menunggu.
... ... ... Sekeras mana kita bersabar.
Sejujur mana kita menerima dirinya.

Jika takdir Allah menentukan yang kita bukan de
ngan dirinya.
Kita tidak akan bersama dengannya.
Jika Allah telah menulis jodoh kita dengannya.
Kita tetap akan bersama dengannya.

Kerana tulang rusuk dan pemiliknya takkan
pernah tertukar dan akan bertemu pada saat yang tepat menurut ilmuNya, insya-Allah.
Tiada yang kebetulan melainkan semuanya telah dirancang.
Dan sebaik-baik merancang adalah ALLAH S.
W.T. ♥





















Kesakitan


malam tadi lepas jer masak, mummy suapkan abg joe makan...sebenarnya mummy dah lapar sangat..iyerlah satu hari tak makan semalam...nak keluar dari opis kawan2 semua cuti..karang tinggalkan ada plak yg bising ...

atas meja ada maggi kawan mummy bantai jer makan...lepas suap abg joe mummy terus makan dah tak boleh tahan dah,mummy goreng ikan + terung masak tumis..lepas sejam makan tu,badan mummy jadi bisa-bisa n setiap hujung jari jadi kebas2 tak tahu nape...

bangun pagi tadi pun tak larat sangat,cuba pijak simen,jadi ngilu kat bawah kaki tu..panggil bibik suh ambil minyak, sapukan belakang dada sbb tiba2 sesak nafas..ambil minyak panas mummy sapu tapak kaki..dalam hati terfikir kenapa dgn mummy yer..dahlah mimpi mummy masuk ICU..mummy jadi takut..bukan takut nak mati,tapi, kalau mummy tak ada siapa nak jaga anak-anak mummy.. Ya Allah berilah kepadaku kesihatan..disaat mummy buat entry ni,belakang mummy bisa sangat,kepala plak berdenyut2 kaki lemah... Allahu Akbar...

SBPA ditangguhkan untuk semakan semula: Najib



KUALA LUMPUR: Pelaksanaan Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) ditangguhkan bagi membolehkan satu semakan semula dan perbincangan dengan pihak yang berkaitan diadakan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Dalam satu kenyataan hari ini, Najib berkata penangguhan itu bertujuan untuk menyelesaikan isu yang dibangkitkan pihak tertentu berkaitan pelaksanaan SBPA.

"Selepas semakan semula itu dimuktamadkan, SBPA akan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2012 seperti yang dijanjikan kerajaan," katanya.

Najib berkata, penangguhan itu diputuskan Jemaah Menteri semalam.

"Semakan semula itu tidak meliputi keputusan untuk melanjutkan umur persaraan kepada 60 tahun dan oleh itu ia akan dilaksanakan mulai 1 Januari tahun ini," katanya. - BERNAMA



* dah kira-kira bajet untuk bulan ni..boleh plak ditangguhkan..kalau ikutkan 30hb ni dah dapat gaji SBPA..hmmmm..dahlah nak guna banyak duit bulan ni n bulan dpan..

Thursday, January 12, 2012

Hasil Tangkapan

Tadi pagi ayah cakap nak pergi mancing dgn cik boy(adik mummy -mohd razi) ayah cakap abg sani(Sani Dakam) pun ikut sekali...

ayah cakap nak mancing kat kelong, mummy cakap wui sesukahati je nak pergi kelong,jgn nak mengadalah..dahlah cuaca tak menentu,ayah cakap taklar..mancing kat Yong Peng jer ...mancing talapia...

Abg aizz pun ikut sama...hmmmm sukalah bujang kecik tu...

abg Sani + ank dia n abg aizz

hasil tangkapan


dah siap dibumbu


dah siap masak pun separuh goreng, separuh lagi masak lemak cili api..
saja je ayah bagi mummy terliur

SukaTengok

mummy suka tgok gambar ni...
tapi gambar ni dah diedit oleh kawan cik zira...
suka sangat tgok..tak tahu nape...


pic abg Joe n abg Aizz

Malaysia Public Holidays & School Holidays 2012 - One Stop Malaysia

Malaysia Public Holidays & School Holidays 2012 - One Stop Malaysia

Wednesday, January 11, 2012

Miqael Benjol

Balik-balik dari kerja je semalam, masuk je pintu rumah..tak sempat nak duduk bagai, bibik bgth dahi miqael luka sbb jatuh masa nak panjat baby cot...wui terus pergi bilik tgok miqael tengah tido...wui rasa nak marah pun ada..macamana boleh tak perasan..

segarit luka kat dahi + benjol..



pas2 bangun tido kena tindih plak dengan abg Joe..



pas2 kena tindih boleh gurau2 plak lagi..


Si kembar ke klinik

Pagi ni, mummy bawa Miqael n Daniel pergi Klinik Kesihatan Presint 3 wat check up...
bawa sekali abg Joe...

letih bawa abg joe tak reti diam mana nak jaga si kembar, jaga abg joe yg asyik keluar n lari sana lari sini..mmg mcm tu pun perangai abg Joe kalau pergi satu2 tempat tu mmg tak boleh lama2 kalau lama sikit jer mulalah dia macam cacing kepanasan....

gambar2 sekitar pergi klinik tadi...mummy n abg joe



miqael n daniel

Tuesday, January 10, 2012

Raksasa Gorgon

hehehe tajuk entry tak hengat..............

masa ayah baik sini baru2 ni, ayah hadiahkan mummy raksasa Gorgon hahaha..
ayah cakap dengan mummy, "ini Raksasa Gorgon mummy.."

ayah sambung lagi
"Selalu sangat ayah dengar kalau mummy marah anak2,mummy selalu cakap jgn sampai mummy jadi raksasa Gorgon..Nah hadiah dari ayah"

mummy senyum jer
"pas ni kalau nak marah anak2 tgok Raksasa ni tau"

Inilah raksasa Gorgon(pinky cute)


buat suami tercinta,terima kasih yer hehe..mummy rasa cam budak2 plak bagi macam ni ^_*

Tersepit Pintu

Hari sabtu baru ni mummy ajak ayah pergi rumah makcik kat setiawangsa...iyerlah ini kira sabtu pertama ayah ada kat sini dgn mummy,selalunya ayah balik Putrajaya time hari2 biasa(hari berkerja) nak jalan pun tak boleh...

ayah cakap kalau nak keluar, pergi kemas baju n barang anak2..mummy pun dgn senang hati cari baju,diapers, n siapkan semua anak2..bila semua dah siap tu mummy jemur kain , buatkan susu untuk empat orang hero..bila semua dah settle mummy ambil kunci pagar nak buka pagar rumah. time ni lar abg aizz n abg joe sibuk juga nak keluar, siap berlari-lari lagi...tetiba 'wawawawawa akit, akit' abg Joe menanggis sbb jari dia tersepit pintu..dahlar pintu tu berat..kelam kabut mummy kuak pintu tu,habis jari abg joe 'gepeng' bahasa melayunya apa ek,lebih kurang kemeklar...

ayah dah meluru sambil marah2...abg Joe nangis makin kuat,ayah cakap ni patah ni...mummy dah jadi blurr, nak nangis pun ada,mcm2 perasaan ada..mummy cakap ngan ayah bawa pergi hospital...

dalam kereta ayah dah macam org hilang akal..ditamparnya muka abg aizz,ayah cakap ni abg aizz punya pasallah...mummy punya aura raksasa gorgon pun masa tu trus jer datang...mummy pun naik mbebel gak..mummy cakap apa kena mengena dgn abg aizz plak.. dah sama2 berlari n abg Joe tak bernasib baik tu yg tersepit...ayah masih lagi ngan aksi hilang akalnya..ayah dok bebel kalau betul jari Joe patah,aizz ayah patah2kan juga..masa tu dalam kereta dah macam ada pertempuran raksasa gorgon n satria baja hitam hehe..mummy taknak kalah mummy jawab sebelum patahkan tangan aizz, ni patahkan tangan mummy dia dulu.. ayah pun tak nak kalah..a'ah mmg ayah patahkan mummy juga..dan dalam masa yg sama,mummy jawab lagi kalau berani patahkan,mummy pun patahkan ayah juga...hahahaha

si miqael n daniel masa ni nasib baik diam jer..daniel tgok jer muka mummy yg dah jadi raksasa gorgon ni..sampai jer hospital putrajaya..pas2 jumpa doktor, g plak wat x ray..tgah tunggu keputusan ni,mummy tgok jari joe dah besar bengkak..masa duk sebelah ayah,ayah cakap ayah m mf sbb ckp bkn2....mummy senyum jer malas nak ckp apa2 dah.. mummy pergi kedai belikan mainan abg aizz n abg joe...bila dapat jer mainan tu kat tangan abg joe,mummy tgok jari yg dari tadi tegak jer dah boleh bengkok plak..siap minta turun dari pangku ayah n nak main...fuhhh lega hati mummy,kalau boleh bengkok maknanya tak patahlah..

tak lama keputusan X Ray pun keluar,doktor cakap tak ada apa2 tak patah...hmmm lega hati mummy, pas siap semua kat hospital, ayah cakap jom g rumah makcik mummy..mummy on jer lar..ptg tu dalam pukul 3pm sampailah kat setiawangsa..tapi, tiba aircond kereta plak tak ada,terpaksa gak ayah hantar g bengkel..hmmm melayang jugaklah RM240.00, nasiblah yah oiii ^_^

Monday, January 9, 2012

Tukar Plak dah

Pagi ni ayah balik Johor bawa abg aizz plak..abg joe kena tinggal ngan mummy kat sini.
Kesian abg Joe...entah macamanalah keadan abg Joe kalau duduk dgn mummy..

mama(nenek) call mummy tadi, mama cakap "mana Joe Along"...mummy cakap " Joe tgal sini,ayah dia cakap susah nak buat kerja kalau dgn Joe". mama marah sbb iyerlah abg Joe budak manja n mengada2 semua org kat rumah tu sayang...mama cakap "berminggular kitaorg kat rumah ni rindukan Joe"..


Abah(Atuk) panggil abg aizz pun panggil dgn nama Joe..mana taknya bila ayah balik lewat malam Joe lah tido dgn abah kat bilik,tido tengah2 lagi sambil kena apit mama n abah, mana tak bertambah manja anak mummy yang ketot sorang tu..

Cik Emmy balik keje pun cari Joe..kesian abg aizz, semua org balik keje cari Joe...bukan diaorg tak sayang abg aizz tapi dah selalu sgt kut Joe kat kampung..oppss! bkn selalu sangat dah setahun lebih Joe duduk kampung sb tu bila Joe tak ada semua jadi rindu, dari November 2010 Joe dah tgal kat kampung..dari mula pandai berjalan sampailah sekarang dah pandai berlari + cakap..

Untuk Mama, Abah, Cik emmy, cik Asz n cik Zira jgn risau mummy jaga abg Joe dgn baik kat sini tapi 2 hari lepas dah tercepit pintu huhu..pasal tercepit pintu esok mummy citer

Wednesday, January 4, 2012

Pindah Rumah

masa cuti tahun baru, baru ni..
ada orang pindah rumah...guna 2 buah lori lagi nak mengangkut barang dia keluar dari kawasan perumahan tu...

Dalam hati mummy time tu,bestnya kalau mummy pun dapat pindah...jujur mummy katakan sebenarnya mummy tak suka tinggal kat Putrajaya ni..tak tahu kenapa tapi, mmg sedari awal mummy tinggal kat sini sampailah masuk tahun ke 7 ni,sikit pun hati mummy tak ada rasa gembira tinggal kat sini...

mummy rasa kosong + macam duduk dalam sebuah bandar yang sunyi, sepi + menakutkan.(sorry kepada mereka2 yg rasa gembira + bangga tinggal kat Putrajaya).. ni hanyalah luahan dari hati mummy saja... mummy rasa bandar ni umpama bandar MATI...mummy rasa Putrajaya just sesuai tempat berkerja tapi untuk jadikan tempat tinggal tak sesuai..ini just pendapat mummy,pada yang dah rasa gembira tu mungkin rezeki anda untuk gembira disini...

Setiap hari mummy mengharap sangat dapat kerja luar dari Putrajaya n KL, mmg sedari sekolah lagi mummy tak suka dua tempat ni untuk dijadikan tempat tinggal..betullah orang cakap benda yang kita tak suka tu biasanya tu lah rezeki kita...kadang2 rasa nak redha jer..tapi, boleh ke kalau hati tak suka...

Harap sangat2 sebelum budak2 sekolah dapatlah pindah Johor ke, Melaka ke...

rindu kat bandar ni


*sangat jeles bila dengar ada orang pindah keluar dari putrajaya..

HatiKu MilikMu

Pagi ni datang opis,terdengar lagu dekat PC kawan (pn siti aminah a.k.a hanima) macam best jer lagunya...tangan yang gatal ni terus jer email kat pn siti...'lau apa yg ngah berdendang kat PC ko tu..psssttt bagi kat aku'

ini lah lagunya...

Hatiku Milikmu

Pernahkah engkau hargai cintaku yang sejati
Pernahkah engkau mengertikan diriku ini
Betapa hebatnya cintamu, memberiku sejuta pilu
Betapa agungnya asmaramu, membuatku terpaku

Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan ku cinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Ku sayang padamu

Kan ku abadikan dikau
Sewaktu kenangan yang manis
Yang tak mungkin aku lupa
Untuk selamanya

Kanku coretkan kenanganmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini

Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan ku cinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Sayang padamu

Bagai bahtera dilanda badai
Gelora cinta mengoncang jiwaku
Berombak mencari daratan yang damai
Oh Cintaku

Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan cinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku ini
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Sayang padamu

Kanku coretkan kenangananmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini

Tuesday, January 3, 2012

2012 adanya SINAR

Dah tanggal 3 Januari 2012 dah hari ni....bermakna 3 hari dah di tahun baru...bertambah lagi usia kan...??

Awal2 hari tu,ada kawan2 yang ucapkan selamat tahun baru sambil selit ucapan semoga tahun ni dapat triplet..TRIPLET??? hahaha sedangkan twins + abang abang je mummy dah jadi gergasi Gorgon, kalau ditambah plak dengan triplet mahu jadi segala2nya karang..
Tapi kalau Tuhan nak bagi, dan Tuhan rasa mummy mampu jaga diaorang, InsyaAllah mummy terima..tapi, mummy mmg jadi housewife terhormatlah..

buat hero..hero.. hero... hero... mummy,mummy doakan yang terbaik untuk kamu semua..



Buat abg aizz (Izz Mohamad Rayyan)
terima kasih sbb dah pandai tolong jaga adik adik walaupun mengeluh penat, terima kasih sbb dah tak pakai diapers,kurang sikit perbelanjaan hehe..


Buat abg Joe (Izz Mohamad Izzuan)
terima kasih sayang selalu sangat mengalah,paling mummy suka kamu tak pernah kedekut walaupun makanan kat tangan kamu tgal sikit,kamu sanggup kongsi dgn abg aiz,tapi, yg paling kesian bila makann yg sikit kat tangan kamu semua abg aiz ambil,tapi, kamu diam seolah2 redha jer..huhu


Buat abg Aqil (Izz Muhammad Miqael)
Sekarang kamu dah pandai panjat sofa, terima kasih sbb kamu makin sihat mummy tgok walaupun doktor cakap perkembangan kamu lambat,tapi mummy tgok kamu macam baby lain juga..tak ada pun beza..punya kamu kuat menanggis..huhu



Buat Anil (Izz Muhammad Daniel)
Kamu makin manja sangat2, suka sangat ketawa, yang paling kamu suka lakukan kacau abg aizz main game kat ipod,semalm pun kamu kena marah + kna pukul ngan abg aizz,hehe.. kamu sebiji macam abg aizz suka tgok tv,suka main, n paling mengada kamu suka merajuk hehe gelihati kamu ni..terima kasih sbb kuat makan senang hati mummy(cam abg joe kuat makan)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NuffnangX