Google Website Translator Gadget

Friday, December 30, 2011

GEMUK...

Tadi mummy dok sembang dengan kawan opis, dia cakap mummy sekarang nampak besar n gemuk...

bukan dia jer cakap, tapi, mmg mummy rasa badan mummy gemuk..sbb mummy ambil injection untuk perancang keluarga ke????

makinlah hati mummy risau,ayah dahlah tak suka mummy gemuk,skrg berat makin naik plak..dah usaha kurangkan makan tapi badan terus naik...baju yang selalu mummy pakai longgar..tadi mummy tgok depan cermin kat toilet ,nampak baju ni sendat bahagian perut...perut mmg mummy perasan naik mendadak...

sebelum mummy ambil injection perancang keluarga tu..taklar perut ni ngelebeh sgt..tapi, skrg..wuuuiiiiiii besar, dah macam mengandung 7 bulan..

bohong kalau mummy cakap mummy tak malu..badan besar ok lagi,kalau perut besar tapi bukan sbb mengandung sgt buruk rasanya...
hari tu berat mengandungkan si kembar sampai bersalin 70kg...skrg lepas si kembar dah usia 9 bulan berat 68kg..turun 2kg jer + perut makin buncit...malu sgt2



Hati Aizz Tersentuh

Semalam balik dari kerja ayah hantar mms gambar ayah dgn abg joe..n mummy balas dengan mms gambar aizz tengah tido.. mmg pun abg aizz tgh tido time mummy balik keje semalam

bila abg aizz bangun mummy tunjuk gambar abg joe n ayah..tak semena-mena rona muka abg aizz jadi lain..terus bangun n pergi bilik belakang..

mms dr ayah

mummy terus tanya diri sendiri,mummy dah buat silap ke? aduhai naperlah mummy pergi tunjuk gambar abg joe dengan ayah, mesti abg aizz fikir ayah hanya sayang abg joe...aduhai salah mummy ni..


mms dr mummy

mummy pergi dapatkan abg aizz dalam bilik..muka dia sedih sgt,mummy tanya knapa ni bang,automatik dia terus nanggis...alahai mesti hati dia sayu tgok gambar tadi...mummy pujuk makin kuat plak nanggisnya...mummy pergi ambil duit n pergi kedai belikan ais krim..

Tapi, time beli aiskrim tu, abg aizz ambil dua aiskrim drumstick..mummy tanya kenapa ambil dua..dari mulut dia yg chumel tu terus dia cakap joe punya...mummy cakap joe tak ada sayang,joe duk rumah nenek, terus muka dia sedih n bawa aiskrim tu pergi kaunter..sian anak mummy..

Thursday, December 29, 2011

MOU Mengenai Pelaksanaan SBPA antara JPA-CUEPACS


tengok kat facebook pengarah KPPA mengenai pelaksanaan SBPA.. diantara yg dikongsikan...

MOU Mengenai Pelaksanaan SBPA antara JPA-CUEPACS telah ditandatangani pada 28 Disember 2011. Diantara perkara yang dipersetujui ialah:-

1. Pelaksanaan SBPA berkuatkuasa pada 1.1.2012. Tarikh akhir penyerahan kembali borang opsyen SBPA ialah pada 15.1.2012. Manakala tarikh opsyen umur persaraan 60 tahun kekal pada 16-30 Dis 2011.

2. Kajian penambahbaikan skim-skim perkhidmatan dengan kelayakan m...asuk minimum SPM akan dilaksanakan dalam tempoh 3 bulan. Hasil kajian akan dibincangkan bersama untuk persetujuan pelaksanaan.

3. Mana-mana penambahbaikan yang melibatkan implikasi kewangan akan dibawa untuk pertimbangan kerajaan. Ini termasuklah isu gaji pegawai berada dalam tempoh maksimum yang lama akan dikaji oleh JPA dalam tempoh 3 bulan.

4. Pelaksanaan Exit Policy melalui Panel Penilai dimana CUEPACS terlibat sebagai pemerhati. Markah prestasi kurang daripada 60% dijadikan asas penamatan perkhidmatan dengan faedah persaraan. Markah 65% dan keatas boleh dipertimbangkan pergerakan gaji.

5. Naziran pelaksanaan SBPA akan dibuat oleh JPA dan CUEPACS untuk mempastikan bahawa tawaran opsyen adalah teratur.

6. JPA-CUEPACS akan mengadakan rundingan bersama setiap 3 bulan bertujuan untuk memantapkan PA selaras dengan GTP.

* Selamat membuat keputusan keatas opsyen SBPA dan Umur Persaraan Wajib 60 tahun kepada semua penjawat awam*

Joe oh Joe

malam ni tetiba jer mummy rasa sedih sangat..
bila tgok atas tilam ada abg aizz, ada miqael, ada daniel tapi abg joe tak ada..
pagi tadi ayah dah bawa abg joe balik kampung..

ayah cakap biarlah abg joe duduk ngan ayah kat johor..
ayah bolehlah cakap macam tu, tapi, mummy ni sbgai ibu diaorg mmg rasa sedih sangat2..mana tak nya anak2 yang lain ada depan mata tapi, anak yang sorang tu tak ada..






mummy tak nak joe jadi anak yang stress..iyerlah mesti dalam fikiran dia,' kenapa aku jauh drpd adik beradik aku, sbb mummy tak sayang ke, sbb aku nakal ke, sbb aku ni tak kisah ke' mummy risau kalau ayat2 ni bermain kat minda abg joe...
harap2 taklar..

buat abg joe, bkn niat mummy tak nak jaga abg joe..tapi, mummy tak tahu alasan apa yg terbaik untuk semua ni..tunggu miqael n daniel besar sikit ye sayang..mummy bawa abg joe duk ngan mummy

Wednesday, December 28, 2011

Opsyen SBPA dilanjutkan Sehingga 15 Januari


PUTRAJAYA: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) hari ini bersetuju melanjutkan tarikh penerimaan tawaran opsyen skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) bagi penjawat awam kepada 15 Januari depan, kata Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi), Datuk Dr Ismail Alias.
Beliau yang mengumumkan perkara itu berkata, bagaimanapun, tempoh penerimaan opsyen bagi umur persaraan 60 tahun kekal pada 30 Disember ini.

“Kita akan meneruskan SBPA dan sebenarnya CUEPACS tidak menolak SBPA. Opsyen yang kita beri itu, ada dua. Pertama, opsyen umur persaraan 60 tahun itu tetap pada 30 Disember tarikh tutupnya kerana ia membabitkan banyak isu perundangan.
“Manakala opsyen SBPA, memandangkan tempoh itu agak terdesak, JPA bersetuju supaya ia dilanjutkan kepada 15 Januari depan,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan rundingan dengan CUEPACS yang diketuai oleh Presidennya, Datuk Omar Osman, di ibu pejabat JPA di sini, hari ini.

Rundingan itu yang berlangsung selama lebih tiga jam diadakan untuk menyelesaikan isu berbangkit berhubung pelaksanaan SBPA yang akan dikuatkuasakan bermula 1 Januari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, semalam, mengarahkan supaya CUEPACS dan JPA mengadakan rundingan segera bagi menyelesaikan isu tersebut.

Sebelum ini, penjawat awam diberi tempoh 15 hari mulai 16 Disember lalu bagi mereka membuat pilihan sama ada untuk memilih SBPA atau kekal dalam skim perkhidmatan yang lama.
Dr Ismail berkata, pada keseluruhannya, rundingan tersebut mendapat kata sepakat untuk melaksanakan sbpa dan lima isu termasuk ‘exit policy’ yang dibangkitkan oleh CUEPACS turut dibincangkan.

“Jadi dalam konteks ini, pendekatan kita ialah melihat kepada beberapa isu yang dikemukakan oleh CUEPACS, berbincang dan akhirnya mendapat persetujuan tertentu,” katanya.

Beliau berkata, bagi penjawat awam yang sudah menandatangani surat tawaran opsyen SBPA, mereka tidak perlu bimbang kerana JPA memaklumkan bahawa opsyen SBPA masih berjalan seperti yang ditetapkan cuma tempohnya akan dilanjutkan.

Sementara itu, Omar pada sidang media sama berkata, rundingan hari ini mencapai kata sepakat yang amat baik dan persetujuan bersama hari ini adalah jaminan kepada penjawat awam untuk menandatanganinya.

Wednesday, December 21, 2011

Miqael...Miqael.....Lagi

semalam petang hujan lebat sangat..mummy tak terus ambil miqael n daniel dari rumah pengasuh..iyerlah mcamana nak bawa kamu berdua dalam hujan..mummy balik rumah dulu mandi sbb baju mummy habis dah basah lencun..
telepon aunty ana ,cakap mummy ambil lewat. tapi, aunty ana cakap tak per dia tolong hantar.. aduhai naik malu mummy masuk ni dah 2 kali dia tolong hantar kamu berdua sampai rumah..

masa aunty ana hantar tu,dia cakap dia tak sanggup tgok miqael menanggis je sepanjang hari,macam mummy jaga malam tu jugalah miqael menanggis tak mahu berhenti,mummy telepon ayah, mcmana nak buat dengan miqael ni,kalau kat kg adalah bidan yg boleh buat apa yg patut..kat sini kalau nak bawa pergi klinik pun doktor mesti tak tahu juga..sbbnya perut tak kembung,demam pun tak,terkehel pun tak..mummy dah faham kalau baby kembung mcmana, baby terkehel mcmana..sbb tu mummy berani cakap yg miqael tak kmbung n tak terkehel..

Ayah suruh mumy urut miqael smbil niat n ayah bgth cara2nya..lepas solat maghrib,mummy buka baju miqael..mummy cuba urut mcm yang ayah suruh..lepas urut mumy susukan,terus jer miqael tido...Alhamdulillah sepanjang malam tadi miqael langsung tak meragam.. bangun menanggis nak susu tu biasalah. tapi, menanggis smpai pucat muka tak ada..syukur sangat...

pagi tadi sampai rumah aunty ana, aunty ana siap pesan kat miqael....hari ni jangan menanggis, aunty tak sanggup...kesian mummy tgok muka miqael cedih...huhu..

mummy harap miqael tak menanggis yer..

Tuesday, December 20, 2011

Anak Johor

Sasterawan Negara, Allahyarham Usman Awang, pernah menukilkan sifat-sifat orang Johor dalam sajaknya,

mmg apa yang digambarkan tu banyak betulnya,tapi, dulu mmg betul kut..sekarang ni dah ramai yg terpengaruh dgn senario sekeliling yg makin entah apa2..
Apa pun mummy tetap anak jati JOHOR.. ^_^
Antara gambarannya ialah ;

Melayu Johor
Telah terlalu banyak kita kehilangan
Sawah ladang bertukar tangan
Pekan dan bandar kita menumpang


Teluk Belanga entah ke mana
Yang tinggal hanyalah pakaian
Sedarah sedaging hampir hilang
Yang ada hanyalah setulang
Selat Teberau kian sempit
Hati rindu jauh tergamit.



Di Johor
Jawa itu Melayu
Bugis itu Melayu
Banjar itu Melayu
Minangkabau memang Melayu
Aceh dan Siak adalah Melayu
Jakun dan Sakai lebih Melayu,
Arab dan Turki pekat Melayu
Mamak dan Malbari jadi Melayu
Malah mualaf bertakrif Melayu.



Melayu itu maknanya bijaksana
"Jika menipu pun bersopan"
Kurang ajarnya tetap santun
Dajalnya cukup selamba
Budi bahasa jangan di kira
Beraninya cukup benar
Tunduk bila bersalah
"Lembutnya cukup jantan"
Setia sampai ke kubur
Biar mati adat jangan mati sahabat



Anak Johor
Luka di Tanjung Putri
Parutnya di Parit Raja
Muka biar berseri
Mulut biar berbahasa.



Berkelahilah cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dalam senyum
Marahnya dalam tertawa
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.



Watak Melayu menolok permusuhan
Jiwa Melayu mengangkat persahabatan
Kasih sayang kekeluargaan
Ringan tulang saling bertolongan
Jujur memaafkan,ikhlas memberikan.



Berdamailah cara Melayu
Silaturahim yang murni
Di mulut sama di hati,
Maaf sentiasa bersahut
Tangan di hulur bersambut
Luka pun tidak lagi berparut.



Melayu Johor saudaraku yang dikasihi,
Dalam kekeruhan ini carilah kejernihan
Dalam sengketa ini sambutlah perdamaian
Sifat terpuji setiap insan
Bermuafakat supaya berkat
Bersaudara dunia akhirat,
Berikhtiar dengan tabah
Kepada ALLAH berserah


Dato' Usman Awang (12 Julai 1929 - 29 November 2001) adalah seorang Sasterawan Negara Malaysia yang dikurniakan gelaran tersebut pada tahun 1983. Terkenal dengan nama penanya Tongkat Warrant, beliau adalah seorang penyair dan ahli drama yang prolifik ketika hayatnya. Usman Awang juga dikenali dengan nama Adi Jaya, Amir, Atma Jiwa, Manis, Pengarang Muda, Rose Murni, Setiabudi, U.A., Zaini dan mungkin lain-lain. Dalam tahun 1991, beliau telah di anugerahi Darjah Kebesaran Dato’ Paduka oleh Sultan Perak Darul Ridzuan yang membawa gelaran Dato’.

Pada tanggal 29 November 2001, pada bulan Ramadhan, beliau meninggal dunia setelah lama menghidap penyakit jantung. Beliau ketika itu berusia 72 tahun.

Miqael...Miqael.....

Miqael buat perangai lagi malam tadi...
pening kepala mummy,menanggis tak berhenti-henti...mummy hampir2 jer putus asa..

mummy tukarkan diapers,menanggis juga,pakaikan minyak yuu yee kat perut n tapak kaki masih mcm tu jugak menanggis dan terus menanggis...binggung mummy jadinya..mummy cuba buai..makin kuat menanggis..mummy duduk menanggis,berdiri menanggis..

mummy bukakan baju mummy mandikan pula...sekejap jer diamnya pastu sambung menanggis...mummy dah macam org akal rasa,lainlah kalau ada ayah boleh juga mummy tenang sikit..ini ayah dahlah tak ada,time tu lah buat perangai..nasib baik daniel tidur..mungkin daniel tak nak ambil port agaknya..
miqael nanggis sampai panas dah badan kamu..muka dah pucat,mummy mampu doa jer biar kamu diam..
merah padam dah muka

pukul 3:40am baru kamu nak tido,tapi, tak sampai setengah jam kamu menanggis semula..mummy bangun semula bawa pusing2 dalam rumah,dari dapur bilik,ruang tamu dan pusing lagi..mummy cukup letih sebenarnya. mummy susukan kamu, mungkin sbb penat kamu suakan juga mulut kamu..sambil baring mummy susukan kamu,entah pukul berapa kamu tido pun mummy tak sedar..

pagi ni hantar rumah pengasuh ,badan kamu panas sgt,mgkin demam atau mgkin kamu menanggis,tapi, mummy dah bgth kat aunty Ana kalau suhu badan kamu makin panas call mummy,mummy bawa kamu pergi klinik yer...


*wahai anak2ku kenapa yer kamu suka buat perangai time ayah tak ada,tapi, bila ayah ada kamu elok jer...sbb mummy kamu ni penyabar ke.. apa pun mummy tetap sayangkan kamu semua

Monday, December 19, 2011

"Sayang Mummy""

Pagi ni rindu sangat dekat abg aiz n abg joe.. rindu sangat..rasanya sbb dah 2 minggu tak nampak diaorg..Just dgr suara diaorg dari corong handphone ...


Tadi, telefon abah(atok) tanya pasal budak2,abah cakap diaorg asyik begaduh jer dua beradik ni n kuat menanggis.Abah bagi hp kat abg aizz,dengar suara abg aizz tanya "Ami ane?" anak mummy ni dah 3 tahun pun cakap tak penuh lagi,tapi, takperlah slow2 yer sayang..InsyaAllah semuanya dipermudahkan olehNya nanti..
Sebelum perbualan mummy n abg aizz berakhir, dari situ mummy dgr kat belakang suara abg joe terjerit-jerit...apalah yg dijeritkan bujang ketot tu...


Sebelum mummy ucap salamkat abg aizz, abg cakap " Ami, Aizz sayang Ami" aduhai tersentuhnya hati..rasa nak jer peluk abg Aizz kalau dia ada depan mata sekarang ni...mummy pun balas "Ami pun sayang abg"..perbualan kami pun berakhir. tak sabar nak jumpa abg Aizz n abg Joe..InsyaAllah kalau tak ada aral mummy balik kampung 29hb malam bulan ni yer sayang..


Start Bulan Januari 2012 abg aizz tinggal dgn mummy...susah senang sedih n ketawa biarlah dgn mummy yer...

10 PESANAN IMAM SHAFIE YANG PERLU DIIKUTI

Sebelum Imam Shafie wafat, beliau sempat berpesan kepada muridnya serta umat islam umumnya. berikut adalah kandungan wasiat tersebut: ” Barangsiapa yg ingin meninggalkan dunia dlm keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan 10 perkara:

  • Hak kpd diri: mengurangkan tidur, mengurangkan makan, percakapan dan berpada-pada dgn rezeki yd ada.

  • Hak kpd malaikat maut: mengqadakan kewajipan2 yg tertinggal,mendapatkan kemaafan dr org yg dzalimi, membuat persediaan utk mati dan merasa cinta kpd ALLAH

  • Hak kpd kubur: membuang tabiat suka mnabur fitnah, tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu org yg dizalimi.

  • Hak kpd Munkar dan Nakir : tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

  • Hak kpd mizan(neraca timbangan amalan pada hari kiamat): menahan kemarahan, byk berzikir, mengikhlaskan amaln dan sanggup menahan kesulitan.

  • Hak kpd sirat(titian yg merintangi neraka pada hari kiamat): mmbuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan suka berjamaah.

  • Hak kpd Malik(malaikat penjaga neraka): menangis lantaran takutkan ALLAH s.w.t, berbuat baik kpd ibu bapa, bersedekah ketika terang-terangan serta sembunyi dan memperelokkan akhlak.

  • Hak kpd Ridhzuan(malaiakt penjaga syurga): merasa redha kpd qadha’ ALLAH, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat ALLAH dan bertaubat dr melakukan maksiat.

  • Hak kpd Nabi MUhammad SAW: berselawat ke atasnya, berpegang dgn syariat, bergantung kpd al sunnah (hadith), menyayangi para sahabat dan bersaing dlm mencari kelebihan dari ALLAH.

  • Hak kpd ALLAH s.w.t: mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

Friday, December 16, 2011

Macamana Nak Cakap..

mummy betul2 binggung n rasa serba salah jadinya...

Ada makcik ni nak jaga abg, abg, abg n adik duduk sekali kat rumah mumy..mmg mummy gembira sebenarnya sbb ada pengasuh yg nak jaga diaorg ni kat rumah..mummy pun taklar kelam kabut nak siapkan semua kelengkapan hantar rumah pengasuh...

tapi, yg jadi mummy binggung n serba salah ni..mcmana mummy nak bgth pengasuh yg sekarang ni yg mummy last hantar diaorg mgu dpan..tak sampaihati rasanya nak bgth kat pengasuh yg skrg ni,sbbnya akak tu mmg baik sangat2..

rasa2 ayat yg macamana ek yang patut mummy ucapkan dr mulut ni..mummy kadang tu dah terpikir nak ckp,tapi, time ambil miqael n daniel, automatik mulut ni terus terkunci...

ayat apa nak cakap ni...

Thursday, December 15, 2011

Dialog Moden Lagi berpahala Menyebutnya

Renungkan wahai sahabat...............


MGTT

13hb pagi tu, pergi klinik P9..bersalin dah lepas 9 bulan baru nak cek kencing manis..apalar mummy nikan....

sakit wei kena ambil darah...bekas2 pas ambil darah tu dah 3 hari pun masih biru lagi




Tuesday, December 13, 2011

Slide Powerpoint SBPA bagi Lampiran C

Slide powerpoint sebenar dari JPA mengenai lampiran C dalam Pekeliling 11 SBPA Tahun 2011. Penerangan kaedah pemindahan gaji di terangkan dengan lengkap dalam slide ini.






Monday, December 12, 2011

Duit mana Duit....Blurrrrr

Tengahari tadi pergi maybank nak amek duit,biasalah dah tgah bulan cam ni..kocek pun dah kering...

pergi kat satu mesin Atm ni..
satu-satu nombor mummy tekan...
bila dah tekan amount yg nak di ambil tu..
kat screen dah tulis ' SILA AMBIL KAD'


bila dah kuarkan kad tu..terus jer mesin tu jem .... aduhai duit tak keluar..pergi mesin atm lain..Alhamdulillah duit boleh keluar...tapi, ciput

balik opis pergi cek mbb2u...duit kena tolak rupanya masa pengeluaran pertama tu...
kena pergi maybank semula..(dah macam org kaya ulang alik bank saja..padahal duit takder ^_^ ..

kerani maybank cakap dalam 3 hari bekerja duit tu baru boleh ada semula..aduhai Nasib baik ayah balik sini malam tadi..kena 'POW' duit ayahlar hehe

Friday, December 9, 2011

Dah pandai berebut




kembar mummy dah pandai berebut barang... kadang tu mummy hairan gak..dah belikan mainan yg sama jenis, sama bentuk, sama warna tetap jugak berebut..yg pada miqael daniel ambil yg pada daniel miqael ambil ..mummy beli siap2 tulis nama...tapi, selalunya macam tulah,yg mummy tulis nama miqael daniel amek dan sebaliknya...

kalau lain2 jenis tu mummy tak kisah sangat..ini 100% sama... pun berebut.. alahai kembar mummy ni


berebut mainan abg aizz




miqael menang,daniel bawa diri




mencari mainan lain,ni yg dia kejakan



kerana bunyi bising,miqael pun join sama





dah penat buat bising berlumba mengesot plak,daniel menang,miqael melepek penat

SeLamat UlaNgtahun SAYANG


09/12/2011
Ulangtahun ayah..

Ucapan dari kejauhan...

Selamat menyambut Ulangtahun ke 36 sayang...
mummy doakan agar ayah diberikan kesihatan dan kesejahteraan hidup.
dilimpahkan rezeki yang halal, semoga menjadi seorang ayah n suami yang bertanggungjawab dan penuh dengan kasih sayang..


macam tahun2 yang lepas juga,asal besday ayah jer mesti kita tak dapat nak sambut sama..tapi, takper kita celebrate next week yer ^_^


click for more

Thursday, December 8, 2011

Rindu Sangat

Memang selalu hati ni rindu dekat dia..tapi, hari ni rindu sangat2 kat dia..sampai hampir setiap saat teringat kat dia...

Rindu tu Anugerah Illahi kan..
Adakah rindu sebab esok besday dia
Adakah rindu sbb malam ni malam jumaat (yang ni mengarutlah)
Adakah rindu lama tak jumpa..
Adakah rindu pasal mesej malam tadi..
Adakah mmg inilah dinamakan rindu buat insan tercinta...

Mummy Rindu Ayah ...
rindu sangat kat suamiku ini...

Pekeliling Perkhidmatan Bil. 11 Tahun 2011

Pekeliling Perkhidmatan berkenaan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan telah pun terpapar di website JPA .

untuk maklumat lanjutlah silalah melayari JPA yea. selamat membaca semua...

Wednesday, December 7, 2011

Suka sukahati ye

Petang semalam,lepas jer balik ambil daniel n miqael dr rumah pengasuh,sampai jer rumah dua2 dah menanggis..mummy tgok daniel mcm nak tido..kiri kanan dua2 menyusu...dulu masa kamu berdua kecik senang mummy nak menyusukan...bila dua2 dah besar mmg agak susah nak menyusukan sekali dua org...

Tapi, dah macam2 gaya kamu berdua buat,sorang terpusing sini,yang sorang tertonggeng,yg penting dapat menyusu...lepas jer maghrib dua2 tido dengan lenanya..

pukul 12tghmalam, baru jer mummy nak lelapkan mata daniel dah merenggek nak susu,bangun semula mummy dari tempat pembaringan...daniel dah tido,miqael plak merenggek..hmm sabar jerlah..dah dua2 tdo..mummy baring n cuba lelapkan mata..tak sampai setengah jam tido anak2 kesayangan mummy ni bangun lagi siap daniel dah g main..

pastu terus tak mahu tido kamu berdua sampailah pukul 4 lebih baru nak tido semula...

Penangan dari berjaga malam, hari ni mumy lewat 1jam sampai opis,kalaulah keluar perkeliling berhentikan staff yg selalu lambat,mummy rasa mummy org pertama yg kena berhenti..

Tuesday, December 6, 2011

Episod Rindu Datang lagi

Baru sekejap tadi mummy turun bawah opis jumpa abg aiz,abg joe, ayah n cik zira..
Dah 2 minggu abg aiz n joe tinggal dengan mummy hari ni kamu berdua kena balik kampung.. Sedih sangat mummy, rindu tak habis hilang..dah rindu semula..

Masa kereta ayah nak berlalu tadi abg joe nangis nak ikut mummy,bila tgok abg joe nangis,sayuhati mummy,tak lama abg aiz pun ikut nangis,bertambahlah sayuhati mummy ni...

petang karang mummy balik rumah sunyi semula,hanya suara miqael n daniel sajalah..taklah dengar suara pekik pekuk kamu berdua...rindunya mummy nanti..
Apa pun mummy berdoa ke hadrat Illahi agar perjalanan ke kampung terpelihara n selamat sampai...mummy rindu ayah,abg aiz n abg joe sangat2...kat cik zira terima kasih sbb jaga anak2 akak..maaf kalau ada kekurangan sepanjang 2minggu ni kat rumah akak..

Cerita Hujung Minggu

Hari sabtu yang lepas kita sekeluarga pergi ke melaka..opis mummy ada buat family day kat melaka..mummy just nak berkongsi gambar sepanjang kat sana...



dalam kereta on the way pergi melaka Daniel main saja, Miqael plak sampai melaka mengempeng




abg aiz n abg joe





5 hero sampai jer bilik terus berehat





malam dinner




malam dinner

Friday, December 2, 2011

Kenapa jadi macam tu

malam tadi ayah balik rumah...sebelum balik tu ayah cakap ngan mummy dia tengah bad mood...mummy dah mula rasa something biler ayah cakap dia bad mood...
mesti akan bawa bad mood nya sampai ke rumah..
Tapi mummy dah pesan kat ayah..sebelum masuk rumah tolong jgn bawa bad mood tu masuk dalam rumah sbb habis nanti mummy n anak2 jadi mangsa..

nak jadikan cerita pukul 9:30pm ayah dah terpacak depan pintu rumah...abg aizz n abg joe yg tengah makan kat meja makan terus berhenti makan n turun dari kerusi untuk dapatkan ayah...hmmm tulah anak2 ayah,pantang nampak ayah apa saja dpan mata semua ditinggal...Alhamdulillah mummy tgok ayah cam happy jer..oklah ayah tak bawa moody dia masuk dalam rumah...

mummy tgok ayah baring tgok TV, mummy macam biasa siapkan lauk atas meja n buatkan air panas...tgh sibuk kat dapur lebih kurang setengah jam lepas ayah masuk..satu satu handphone ayah bunyi,kejap call masuk,kejap sms masuk..dua2 handphone plak tu...mummy malas nak amek port..mummy diam jer...

dari dapur mummy dengar abg aizz n abg joe minta tlg ayah bukakan jajan..tak lama lepas tu.. sreeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeetttttt plastik jajan ayah campak,ayah ckp.."korang jgn ingat nak manja2 dgn aku" apa masalah ayah ni...mummy istifar panjang,mummy dah pesan jgn bw mood tak baik tu masuk..rupanya tak sampai setengah jam ayah dah marah2..kesian abg aizz n abg joe..

dua2 nanggis,abg aizz peluk cik zira, abg joe peluk mummy..nak jer air mata mummy keluar saat tu..mummy tahan, mummy minta cik zira buatkan air susu untuk abg aizz n abg joe..sian anak mummy.. ayah penat agaknya sayang..jgn nanggis2..
mummy sayang kamu..

Thursday, December 1, 2011

Apa Dah Jadi Ni!!

Tak pasal-pasal pagi ni mummy lewat sampai opis + mata bengkak.....
nasib baik pagi tadi cik zira kamu kejut mummy,kalau tidak mesti mummy tak kerja agaknya...bangun2 dah pukul 6:30am..cepat2 capai tuala terus pergi mandi n solat..

si kembar tengah tido mummy angkat jer masuk stroller,abg2 plak mummy tgok semua terbongkang...

nak tahu apa sebab lambat hari ni...
ni nak citer ni, malam tadi cik zira dah buatkan susu untuk abg2 dalam pukul 11:00pm, mummy fikir kejap lagi kamu berdua tidolah..si kembar plak daniel dah tido lama,miqael plak tgh menyusu dgn mummy,miqael mmg macam tu kalau nak tido suka mengempeng lama2...tgh duk nyusukan miqael entah mcmana mummy pun terlelap...

part ni yg mummy naik hangen satu badan..dalam pukul 1:00am mummy tersedar sbb dgr suara budak gelak,mummy bangun tgok abg joe n daniel bergurau...abg aizz plak g tukar2 channel TV, miqael plak pergi main botol minyak yuu yee........ho ho... geramnya...dah pukul berapa ni woooiiii,asal korang leh buat pesta plak...

Mummy dah hilang akal dah time ni,angin dah satu badan,hati dah mendidih,otak dah tak leh nak fikr benda yg waras dah.. si abg2 dah kena sedas 2 tangan mummy lkat tapak kaki..menjerit2 nanggis..si kembar plak buat muka seposen..si abg joe,agaknya takut mummy dia dah jadi SINGA...sampai boleh terberak...aduhai satu hal lagi...tgh2 malam mummy heret masuk bilik air,geram sgt hati dah..terus mummy mandikan...Kejamkan....

si abg aizz dah nanggis suh cik zira bangun coz takut mummy dah jd Singa..tapi, cik zira dia kalau dah tido mmg tak sedar dah..masa siapkan joe punya baju,mummy terpaksa juga kejutkan cik zira...sian cik zira kamu,siang malam pagi ptg jaga kamu layan jer kerenah kamu..mummy suh cik zira buatkan susu si abg2,cik zira ngan muka mengantuk dia bangun juga untuk kamu tahu...

lepas cik zira siap buat susu,cik zira siap sound kamu berdua.."korang kalau tak tido lepas ni,cik eila lempang sorang2"hahaha padan muka kena marah... tu part abg2 dah selesai mmg lepas habis minum susu semua tido dalam pukul 2:15am...

giliran si kembar plak, dua2 berlumba mengesot..mentang2 dah pandai maju ke depan...makin kita marah makin laju dia...1st mummy ambil daniel...mummy angkat mummy cubit hidung dia n dua jari hinggap kat tapak kaki..geram rasa sbb join abg2 main..daniel tgok jer muka mummy,nak minta simpatilah tu..mummy malas nak layan dah..mummy susukan lebih kurang 10 minit,daniel tido..ok dah 3 org hero tido..





sorang lagi miqael plak..mummy angkat,sama juga dua jari mummy hinggap kat tapak kaki dia..boleh gelak plak...saja jer buat mumy dia lg geram..bagi susu belah kanan..dalam 10 minit tak mahu tido juga..bagi plak susu belah kiri..sama tak mahu tido gak..ops mummy lupa,kalau miqael dia suka menyusu bila mummy baring..bila mummy baring dia baring atas badan sambil menyusu,dalam 2minit dah tido..mummy tgok jam dekat pukul 3am juga baru semua tido..

bila semua dah tido,mummy pergi bilik air basuh muka,mummy tgok muka satu2 hero mummy..kesian abg2 kena marah ngan mummy..sayuhati bila fikir2 balik..nama pun budak dia bukan tahu malam ke,pagi ke,petang ke..yg dia tahu main dan main...sblum mummy pejamkan mata semula mummy kucup dahi sorang2..mummy minta maaf yer sayang..tak niat nak marah n pukul kamu..tapi, mummy betul2 penat..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NuffnangX