Google Website Translator Gadget

Friday, January 28, 2011

Tunggu mummy yer syg

tak sabar rasa dihati nak jumpa anakanda tersayang..
Izz Mohamad Izzuan tunggu mummy yer sayang...rindu sangat kat adik.
rasa bertahun mummy tak jumpa adik..3 minggu tak jumpa satu masa yg lama tu...
Izzuan rindu sgt ni...

Love u n miss u so much...

Thursday, January 27, 2011

Makan banyak

hari ni betul-betul mummy makan a.k.a mencekik ^_^
apataknya,pagi tadi, mummy bawa bekal dr rumah nasi 2 senduk + paru goreng kacang + sayur bayam masak tumis..pukul 9:00am mummy dah makan semuanya kat pantry.

tengahari mummy suh kawan belikan nasi kerabu,habis jugaku telan..
pukul 5pm, makan plak nasi lemak...kenyanglar cinta hati mummy makan hari ni yer..
pukul 5:15pm ayah kol,katanya hari ni tak payah masak sbb nak makan kat luar malam ni....

wah makan lagi,jgn tak bangun pagi esok sudah sbb kekenyangan huhuhu ^_*
perutku dah senak ni sbb penuh sgt...
sian cinta hati mummy sbb penuh dalam ni yer...

Wednesday, January 26, 2011

Izzuan rindu jugak ke?

Baru kejap ni mummy call nenek,nenek kata malam tadi adik tak mahu tido sampai pagi,pastu merenggek jer..nenek cakap mungkin adik rindu kat mummy ayah n abg aizz...

makin sayu hati mummy dengar mcm tu,serasa skrg jugak mummy nak balik kg..mummy bgth nenek yg mummy tersangat2 rindu kat adik 3 4 hari ni.nenek ckp mgkin mummy punya rindu tu buat hati adik terasa tu yg adik meragam.

Dengar cakap cik Zira yer


Adik janganlar meragam yer sayang,sian nenek,atok, cik asz n cik emy,semua nak keje sayang. cik zira plak nak sekolah,jgnlah meragam yer,adikkan budak baik,budak bijak, jgn susahkan org yer sayang...mummy ngan ayah n abg aizz tetap ingatkan adik sentiasa. mummy cuba suh ayah amek shif normal jer lepas ni.InsyaAllah kalau ayah dapat keje shif normal,mummy bawa adik duduk sini yer.walaupun mummy agak tak larat InsyaAllah mummy masih boleh jaga adik kat sini,tp, dgn syarat ayah keje shif normal. so, mummy tak risau sangat kalau jadi apa2 dimalam hari sbb ada ayah.

Rindu buat Izzuan

Malam tadi balik dari kerja ayah tanya,'apa doktor ckp masa wat check up tadi'.. mummy bgthlar yg doc ckp mummy ni anemia,hb low,tekanan darah low n sikit gula dalam darah..


dah ayah tanya lagi 'habis nak makan apa lagi?,semua yg doc sarankan rasanya semua dah makankan? ke mummy rindu kat adik?'.. soalan yg last tu membuatkan hati mummy tetiba jadi tak menentu serasa jantung mummy berdebar... nak jer mummy cakap "iyer yah mummy rindu kat adik,bkn setakat rindu tapi tersangat2 rindu"...tapi jawapan yg keluar dr mulut mummy masa tu.. 'taklar yah'.. sesungguhnya jawapan tu adalah satu penipuan besar dr mulut ni...mgkin juga betul kata ayah mummy punya tekanan darah low n semua jadi tak ok sbb rindukan adik.. mana taknya,setiap kali mummy makan sesuatu yg selalu adik makan mummy jadi sayu hati..bila mummy kna marah ngan ayah atau abg aizz mummy pun jadi sayu hati sgt2..iyerlah bila ader adik,bila mummy kecil hati atau apa2 pun kat umah tu,adiklar yg biasa teman hati mummy nikan... adik..., mgu ni dah masuk 3 minggu mummy tak jumpa adik,rindu hati mummy Tuhan saja tahu..lebih2 lagi hari ahad hari tu nenek call mummy bgth adik demam panas..serius mummy ckp selera makan mmg tak ader lgsung,setiap kali tido mesti adik datang dalam tido mummy,video adik dalam hphone ayah selalu pengubat rindu mummy..dan...hakikatnya juga lepas mummy tgok video adik mummy mengalir airmata. malam tadi sebelum tido ayah tanya mummy,mgu ni kita balik kg hari ahad ye,hari sabtu ayah kena keje malam..hati mummy memberontak sebenarnya,mummy kalau boleh nak balik malam jumaat ni,mummy nak cepat jumpa adik,tapi, mummy bgth ayah 'oklar yah'..mummy trpaksa untuk semua itu,tapi, ketahuilah hati mummy kalau boleh mmg nak jumpa adik secepat mgkin dan kalau boleh hari ni juga mummy nak balik kg..Adik biarpun kita berjauhan beratus batu ketahuilah olehmu wahai anakku sesaat pun mummy tak pernah lupakan adik dan setiap saat jugak rindu kasih sayang n cinta mummy terhadap adik tak pernah padam..

Tuesday, January 25, 2011

cinta kasih hati mummy

sejak dah 25w ni dah 13 kali amek darah,naik lebam + biru hijau kuning dah tmpat kna cucuk tu....
paling tak tahan semalam masa buat BSP 4 kali amek darah,hari ni check up biasa kat KK kena amek darah lagi..dalam masa 2 hari 5 kali amek darah + injection kancing gigi plak tu hari ni, naik lemah dah badan ni...tekanan darah plak 87/59 ayoyo rendahnya...

apalagi perlu mummy makan yer wahai anak2ku,dah macam2 mummy makan ni hehehe,tadi g check up berat tak naik,kat buku nurse dah tampal sticker kuning plak..wah semua sticker nurse dah tampal,memula putih,pastu hijau,pastu merah,pastu hijau semula tadi kuning plak..sbb doc kata ade sikit diabetes,HB <11gm% alahai sedih plak rasa, demi cinta kasih hati mummy ni,mummy kna think +ve jugak...mummy kna strong biar cinta kasih mummy kuat n tabah cam mummy...

biarlah berpuluh cucuk sana sini,mummy tak kisah..yang penting cinta kasih mummy sihat...buat cinta kasih mummy yg sorang lagi tu,mummy doakan cepatlah awk berpusing duduk tmpat yg betul yer,jgn melintang-lintang,nak wat aksi stunt pun tgu dah keluar yer..hehehe

Friday, January 21, 2011

abg demam

kesian abg aizz demam beberapa hari ni,mgkin rindu kat izzuan, iyerlah dah 2 minggu tak jumpa izzuankan..



abg, mummy minta maaf banyak2 semalam mummy mampu bagi abg ubat syrup panadol jer,tu pun mummy beli kat kedai bawah rumah kita..bukan mummy tak nak bawa abg pergi klinik tapi, ekonomi mummy kurang sikit mgu ni..iyerlah klinik kawasan sini paling murah pun dia charge RM55,tu paling murahlar..kalau kat kampung RM30 jer pun dah complete semua ubat ada..mummy m maaf banyak2 sbb abai abg punya kesihatan..sesekalipun mummy tak niat nak abai mcm tu..




abg, kalau abg rindukan adik(izzuan) mummy lagi rindukan dia..kalaulah kesihatan mummy mgizinkan mmg mummy tak akan pisahkan abg,xmungkin mummy suka2 nak tgal adik kat kg..abg, sabtu ni kalau ada keizinan kwangan mummy,mummy bawa abg pergi klinik yer..mummy risau sebenarnya kalau abg yg demam,sbb kalau abg demam temperature abg akan naik mendadak,sbb tu mummy sedih sgt kalau abg demam.




abg 28/1 ni mummy janji,kita cuti seminggu balik kampung yer,kita g jumpa adik..abg mummy doakan abg cepat sihat yer..

Wednesday, January 19, 2011

MC .......

dah 2 hari mummy MC...ingatkan semalam MC bolehlar rehat kat umah,rupanya satu hari kat hospital utk rutin check up..

punyalah lama nak tunggu giliran,app. kul 9:00am,pukul 4:00pm baru jumpa gynea...lamanyer weh..check ala kadar jer..tapi result MGTT dah kuar semalam,doc kata ader gula sikit,so, isnin ni kena buat BSP plak...alahai cucuk lagi...

banyaknya kena amek darah pregnant kali ni,kira banyak dugaan jugalar weh,tapi, untuk kesihatan mummy n buah hati mummy,mummy ikut jerlar mana yang terbaikkan..semalam scan,yg 1st kat posisi yg betul,tp, yg 2nd breech...masih banyak masa lagi tuk yg 2nd duduk kat posisi yg betulkan...Amin...

Thursday, January 13, 2011

Nama untuk Buah Hati Mummy

macam ni pun nak citer, biarlahkan....

malam tadi ngah baring2 nak tido,mummy berbual ngan ayah pasal nama untuk bakal anak-anakku yg akan lahir bulan 5/2011 ni...

mummy suggestkan 3 nama,sajer gatal2 nak minta pendapatkan hehehe.... setiap nama yg mummy cdgkan tu semua ayah tanya maksudnya...ada satu nama jer yg ayah berkenan...yg dua nama lagi ayah macam tak nak tahu pun...takperlah sekurang2nya ada juga nama yg ayah minat...

mummy terus jer simpan nama tu dalam hati ni, Insyaallah kalau tak bertukar hati ni Insyaallah mummy guna nama tu time anak mummy keluar nanti,ayah kata lagi satu biar ayah yang carikan...mummy senyum jerlah...pastu terus tertido...

masa tidur mummy mimpi seseorg datang jumpa mummy suruh mummy prepare barang2 baby kalau nak pergi ke mana2 sbb anak-anak mummy dah nak keluar,hehehe... dalam mimpi tu mummy tertanya2 mummy baru nak masuk 6 bulan tkkan dah nak bersalin..pastu suara tu kata kan dah nak 7 bulan ni bersedia jerlah... mummy diam n terjaga dr tidur.. mummy doa kat Tuhan biarlah mummy cukup bulan baru bersalin. biarlah mummy dengan anak-anak mummy ni kuat.. mungkin mimpi tu hanya mainan tido saja,takpun dia ingatkan mummy suruh g shopping persiapkan barang baby sbb mummy tak beli apa2 pun lagi huhuhu ^_*

Wednesday, January 12, 2011

sakit ulu hati

dah dua hari ni sakit sangat kat ulu hati...
anak2 mummy dalam tummy ni buat apa yer sampai sesak nafas mummy dibuatnya...
hari ni dah 23w mummy kandungkan korang...

mummy doakan anak2 mummy sihat n tenang kat dalam tummy mummy yer..bila pregnantkan uols ni, mummy teringat masa pregnantkan abg izzuan,samalah macam pregnantkan uols ni,tak kira siang atau malam suka sangat menendang-nendang kat dalam ni..hehehe..

masa pregnantkan abg aizz dulu,mummy jd takut plak sbb abg aizz jenis pendiam jer,malam time nak tido baru dia suka menendang,kalau siang hari mmg diam jerlah...

Izz Mohamad Izzuan

01/10/2009

Tarikh keramat tu,masa tu lahirlah sorang lagi umat Nabi Muhammad SAW di atas muka bumi Tuhan ni. dengan berat 3.47kg di wad bersalin Hospital Batu Pahat..
Syukur padaMu Ya Allah kurniakan aku seorang lagi permata hati yang comel, sihat dan cukup sifatnya..

terima kasih kat nurse n sister yg tolong masa mummy melahirkan anak mummy ni. mummy bagi nama Izz Mohamad Izzuan,ayah yang nak sangat letak nama ni dari anak yg pertama lagi..
Semalaman mummy duk kat ward ngan izzuan. asyik nak menyusu je time tu..tapi, taklar rasa letih macam mula2 bersalinkan abang aizz dulu, masa abang aizz dulu pas jr bersalin memang mummy letih + penat sangat2..

02/10/2009

pukul 11:00am doktor bgth mummy dah boleh balik ngan izzuan,bestnya rasa hati...duk hospital lama2 leh pitam mummy,biarlah duk umah hehehe..kul 1:00pm ayah ngan abang aizz amek kita berdua kat sepital...abg aizz time ni tak reti berjalan lagi,so, ayah tolaklah wheel chair tu ngan sebelah tangan mummy pegang izzuan n sebelah tangan lagi pegang abg aizz..mengalir airmata mami tgok permata mummy dah dua orang....
iyerlah dua2 hero malaya mana mummy tak banggakan...
Malam tu mummy sedih sangat abag aizz nak tido kat pangku mummy,mcm selalu2 yg abg buat,tp, ada izzuan,mummy tak tahu nak fikir mcmana masa tu,lastnya mummy baringkan abg kat peha mummy sambil menyusukan izzuan..sian abg..kecik lagi dah ada adik..

Izz Mohamad Izzuan

Wednesday, January 5, 2011

makcik oh makcik pemalas

sakit hati aku kat sorang makcik ni masa kat maybank tadi...
org lain semua amek turn nak tgu giliran nombor naik,tp, makcik ni sedap2 jer cuit aku n tanya no giliran aku baper...
aku cakaplar lagi 4 nombor sampailah nombor saya...
tup2 dia kata minta tolong buatkan saya punya sekali yer,nak tgu lama lagi ni....tlonglah makcik woiii....aku pun tgu lagi lama dari kul 12:30pm tdi sampai kul 3:45pm pun tak lepas lagi...
boleh plak makcik tu buat muka cam nak mati jer minta tlg...

aku yg sarat pregnant ni pun mampu nak tunggu,tapi, makcik ni pemalas nak mampos...
tgok dr segi pakaian makcik tu mcm pegawai kerajaan yg ader pangkat jer...
dah mmg terbukti agaknya pegawai kerajaan ni pemalas,semua nak senang depan mata...

makcik2 sakit sangat hati aku ngan ko,wpun sakit aku tolonglar jugak,tp, serius mmg aku tak ikhlas pun...

Tuesday, January 4, 2011

Saat Melahirkan anak kedua



Gatal jer tangan ni nak menaip kenangan saat2 aku melahirkan anak kedua,iyerlah setahun tak berblog,so,banyaklar kenangan yg nak aku tulis huhuhu...^_*


29/09/09
ayah perut mummy ni memulas semacam jer,cam nak bersalinlar rasanya...tu lar ayat pertama yg aku keluarkan dr mulut ni..kalau ikutkan due date aku bersalin 30/09/09...'nak pergi hospital ke?' ayah tanya kat aku..'tak payah kut, esok jerlah malas duk sepital lama2,lagipun dah petang ni'..
Degilkan aku,malam tu punyalah sakit,aku rasa sbb aku minum air selusuh kut,org kata kalau jalan lum buka jgn minum air selusuh,aku pergi gatal minum hehehe..terimalah padahnyer...

30/09/09
pagi2 aku minta ayah hantar pergi hospital,sakit tak tertahan kekdahnyer...pergi LR,doc check baru buka 1cm,aduhai nak tergelak aku,sakit punyalar mcm nak tercabut nyawa baru buka 1cm? ayoyo,doc cakap aku boleh balik dulu,aku cakap tak mo lar balik aku contraction dah kuat sangat ni,dah tak tahan dah...doc check ward ada katil kosong,'u doc ward yer' aku cakap ok jerlah... nurse amek graf contraction mmg contraction aku kuat nurse cakap,tp, jalan baru bukak sikit...doc tanya aku ade minum selusuh ke? aku cakap ada dah 3 hari aku minum...doc bebel sbb tu contraction aku kuat..sampai ke malam doc check baru 2cm jer..aduhai nak tercabut nyawa aku dah ni....

01/10/09
pagi2 subuh aku dah mandi,iyerlah nak kurangkan sakit contraction,tp, mcm tu jugak, sakit tetap tak hilang,hapeh tul,mcm2 doa aku baca dah...
pukul 9:00am doc suh g bilik scan..scan2 doc kata baby aku dah kat pintu tapi jauh lagi...aduhai sakit ni lorr...
kul 11:00am nurse suh aku cek graf plak..lamanya kat situ dekat 1jam setengah tu...wah makin tensen aku,contraction makin kuat ni..
kul 12:30pm nurse suh masuk satu bilik ni nak tgok bukaan aku dah berapa,sbb aku duk mengerang kesakitan,patient lain dlm ward tu mmg aku tak pandang dr semalam lagi,aku melayan kesakitan jer kekdahnyer...maaflar akak2 yer..sy ngah sakit mmg tak der mood nak bual huhu..
seluk punya seluk doc kata dah bukak 5cm,YES dalam hati aku,dah buka 5cm bermakna aku dah boleh ditolak ke LR..doc ckp 'tunggu sekejap yer puan'..aduhai tunggu apalagi doc ni,dengar dr perbualan diaorg kerusi tolak tak ada,aku ngan muka seposen ni,'takperlah doc sy boleh jalan lagi ni' doc tu ckp aku dah tak sabo nak tgok baby hehehe,aku bukan tak sabo tgok baby,tp, aku tak sabo tahan sakit huhuhu..
kul 1:30pm nurse tolak aku ke LR,sampai2 jer...mak oi ramainya doc n nurse kat bilik aku ni..rupanya 3 doc pelatih n 11 nurse pelatih nak tgok aku...naik seram n malu plak aku..doc pakar suh doc pelatih pecahkan air ketuban,doc 1st tak lepas,doc 2nd plak seluk2 punya seluk tak pecah gak... 'woiiii,korang ingat aku ni bahan eksperimen' aku mampu jerit dalam hati jerlah hehehe... sakit gilor diaorg buat aku...
last2 doc pakar tu jugak yg buat,sekali seluk dah pecah...hampeh punya doc pelatih..kat atas katil tu jugak dia kasik ubat cucuk b**t*t trkuarlah isi2nya kat atas tu hahahha..nasib koranglah saper suh cucuk lambat..

kul 3:10pm bukaan baru 6cm aku dah tak tahan dah time ni,doc kata jgn push lagi bukaan tak cukup...aku dah sakit tahap gaban ni,suh aku tahan ke...oh no no no..dgn kudrat ya ader...ops lupa nak bgth,ayah ader kat sisi aku dah masa ni...ayah kata sabar banyak2 yer mummy,no sabar2 g dah...dgn baper kali push entah aku tak ingat,dgn bukaan 6cm,aku pun teranlar hahahha..aku dah tak dengar doc marah sbb aku push awal,lantaklar hehehe..tetiba aku terdengar ayah sebut,'anak lelaki mie', aku ngan lupa sakit ni,'anak lelaki ke yah?' selama ni aku scan doc kata gegirl kuar2 lelaki mana tak aku ngan hubby tak trperanjat hehehe..



lepas keluar dari dewan bersalin


kul 3:15pm selamat aku melahirkan anak keduaku, Alhamdulillah syukur kepadaMu Ya Allah anak dan diriku sihat..





time nak jahit,waaaaa waaa nak meraung aku time ni,dahlar nurse pelatih kerumun aku,sister tu siap tunjuk cara2 nak jahit kat pelatih2...sakit gilor weh..dahlar terkoyak besar sbb aku teran awal,jawablah mummy nahan sakit...^_^

abang oh abang...........

pagi2 lagi abang dah buat perangai....selalu time ayah ada mmg ayahlar yg tolong mandikan n kejutkan abang dari tido..
mgu ni ayah keje malam mulalah episod menangis pagi2 nak bangun tido n g mandi...
nak tak nak trpaksalah juga mummy angkat jer abang pergi toilet...menangis terpekik2lar abang kat toilet sbb mummy jirus jer ngan air hehehe ^_^

abang pukul mummy ngan tangan abang hehehe...nak jer mummy cakap 'eleh tak sakit pun'...
pas mandi abang mengigil kesejukkan, minta towel tuk mummy balut badan abg, siap minta 2 towel tu...lawak tullar abang ni...macam mandi ais jer...

mummy baringkan abang atas tilam bagi susu,abang buat2 pejam matalar konon..geli jer mummy tgok,konon tidolar taknak g school..mummy pakaikan baju abang siap ngan bedak lagi...tetiba abang bangun..mummy dah tahu dah kalau abang bangun mesti nak pergi bilik mummy kan?? abang g amek baby oil dan sapu kat rambut abang n abang siap pacak2kan lagi...bagus anak mummy ni...memula jer nangis pastu bergaya lagi...

dalam pada mummy buat susu,ayah bagi salam dr luar,oh ayah dah balik kejer...cepat2 abang dapatkan ayahanda kesayangannya tu,dikucup tangan ayah n minta dukung,aduhai,penat ayah tu tak hilang..iyerlah demi abang,ayah layankanlah juga..

bagi ayah minum air panas,amek helmet n ayah hantar mummy pergi opis dan abang hantar pergi school...
thanks ayah.... ^_^

Monday, January 3, 2011

2011....hehehhe

assalamualaikum.................

SELAMAT TAHUN BARU 2011

lamanya aku tak berblog setahun lebih jugak aku tinggalkan blog ni terkontang kanting....
anak2 aku pun dah makin membesar..

rasanya last aku tinggalkan blog ni masa tu aku tengah pregnantkan 2nd baby...
hari ni 2nd baby aku dah 1thn 4 bulan...dah besar anak mummy yer...nakalnya pun menjadi2 sian kat abg aizz selalu kena buli ngan adik...

anak aku yg 2nd ni aku bagi nama izz mohamad izzuan...nanti nak citer pasal diaorg ni lar...
lepas ni nak rajin bukak blog plak
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NuffnangX